Sunday, October 25, 2009

Ayah su ori

Bukannya senang membesar tanpa ayah di sisi. Lebih-lebih lagi orang lain punyai ayah sedang anda pula terase terasing dengan suasana begitu. Dengan mama yang agak sibuk siang juga malam gigih cari keperluan dan kehendak semata-mata untuk yang terbaik buat si anak. Ayah mad, ayah cik, ayah su, umi, ibu dan bonda lah diharap pelengkap kasih sayang. Kadang-kadang layanan yang tak sepatutnya daripada kami seolah-olah terlupa si budak mentah itu begitu dambakan perkataan keramat tu. Anak saudara paling tua kami. He is the independent, funny, genius, bold head, naughty, friendly and always-make-us-miss-him kid. Dialah A.B.E

Dari ayah su,

maafkan ayah su kalau selama 12 tahun ni tak cukup kasih ayah su curahkan,

maafkan ayah su kalau time abe sangat perlukan teman,

“takde masa.. nak balik asramalah abe” yang selalu abe dengar,

Maafkan ayah su kalau abe ayah su layan seperti dewasa,

Maafkan ayah su kalau nasihat dan contoh yang baik tak ayah su tunjukkan,

Maafkan ayah su sebab tak menjadi ayah su yang sepatutnya

Hepi 12th besday A.B.E!!!

Harap jadi budak yang lebih mendengar kata, tak terbulas dan soleh di masa mendatang. He2


Abe n Mama

His driving skill is a lot better than me..in v games of coz

Friday, October 23, 2009

Bernama si aku

Nama panjang dan pelik. Macam tu lah agaknya nama aku. Instead of ‘Ahmad’ kat depan, aku pula di tengah. Nasib baik lah tak paling belakang..lagi haru. Tak penah lah pulak Tanya kat bos aku kenapa dia letak macam tu. Dan selalu nama yang paling belakang lah yang mengelirukan ramai pihak. Even among siblings. ish. Aku yakin diorang masih dalam alam tu lagi. Untuk yang pertama kali dengar nama aku, biasalah dialog macam nilah yang selalu ke udara:

“Rashid?”

“eh bukan, Rasheeq. R.A.S.H.E.E.Q”, penjelasan aku dengan penuh mesra dan santun. ngeh

Adik beradik pun punya masalah yang lebih kurang sama, tapi bukan pada menyebut..ia pada mengeja. Masih ingat lagi time darjah 3, kak nini dengan agak terkejut baru tahu macam mana nak mengeja nama adik comel dia dengan betul dan bukannya R.A.S.Y.E.E.Q. Tapi tadi, kat facebook dia masih mengeja name aku sesuka ati sebagaimana time die belum tekejut lagi. Sian tak aku. Sian kan. Ahahah. Takpe-takpe aku kesian kat diri sendiri je. Erk. Psycho plak si aku. Ahahah.

si pemilik blog dengan si blur2 sekalian

Inilah keunikan nama aku yang aku dilema juga samada patut dibanggakan atau tak. Tak kisah lah yang penting ia berpegang pada prinsip yang satu. U.N.I.K. heh.

Eh dah abis dah psychiatric posting. Seperti biasa entry aku 1. Permulaan posting 2. Pertengahan posting 3. Posting dah pun abis. Maaf.

Abel dan Sana'a yang comel. Tiada ada kene mengena dengan nama si pemilik blog

Saturday, September 12, 2009

Yala itu Jala


Salam.

Puas tak terkata angkatan kami bercuti daripada perasaan perasan sibuk selama 2 minggu untuk raya. Sedang angkatan-angkatan lain hanya mula bercuti sehari dua hari sebelum raya, kami kami hanya mampu susun sepuluh jari memohon ampun buat pihak atasan yang menyusun schedule sedemikian rupa. ehehe.

Pun begitu aku 'becuti' 2 hari labih awal daripada sepatutnya. Alasan: teman ibu balik hometown beliau di Yala. Tak tahulah acceptable ke tak. Pause jap.

Buat makluman semua, Yala adalah daerah paling selatan Thailand. Dahulunya ia pernah bersama-sama daerah Songkhla, Pattani dan Narathiwat di bawah satu pemerintahan Kesultanan Melayu Pattani. Semuanya adalah berjiran. Nama Yala pula sebenarnya berasal daripada perkataan Melayu: Jala dan juga dipanggil Jolor.

"orang Siam tak pandai sebut 'J', sebab tu jadi Yala" Mami aku beri sebab. Owh...takdelah pulak dalam wikipedia. Kene edit ni. Heh

This city has once been one of the most beautiful city in Thailand and popular city for tourism - Wikipedia

Tapi disebabkan aktiviti gerakan pemisahan, title nye makin pudar. Sedih dan haru. Tapi itulah hakikatnya, mereka mahukan pembebasan daripada cengkaman kerajaan Thailand dan bebas memerintah negeri sendiri.

Barbalik kepada story tadi. Jadi pulanglah aku dengan mami ku melawat pak cik aku kat hospital. Kesibukan lalu lintas di bandar Yala ditambah pula dengan kesungguhan peniaga melayan pembeli dan pelanggan di pasar belakang rumah menyebabkan aku dengan tak biasanya, sedar bahawa banyak perbezaan antara semanjung Malaysia dengan orang-orang kat sini. Selama ini hanya mulut, tangan dan mata yang memerhati...tanpa hati menyertai. Tiba-tiba terasa seperti terjaga dari tidur nyenyak dengan air liur basi melimpah ruah. hah2

"Gi dulu ma deh", ucap sorang laki pada mami ku

Kehairanan aku sekejap yang tengah duduk keboringan menunggu Rottu (kereta kotak= van) yang bawa penumpang dari Sg kolok/Golok ke Yala. Ala-ala bas ekspres tapi ianya van/rottu. Apalah tetibe mamat tu panggil mami aku mama. Ada bau-bau bacang ke? tapi takdelah pulak dia borak-borak dengan mami ku.

"Mama ni panggilan digunakan pada mak cik yang lebih tua". Jelas mami ku. owwhhh

Itulah Pertama sekali sifat luar biasa mereka yang aku perasan. Mereka sangat menghormati orang lebih tua. Hormat mereka dibuktikan dengan bahasa percakapan seharian yang lebih mengeratkan dan mengukuhkan ikatan hormat tadi. Ia adalah budaya pakaian mereka. Aku terkesima.



Rottu=kereta kotak ekspres

Berjalan-jalan di sekitar bandar tanpa hala tuju dan matlamat sambil usha-usha gelagat mereka dengan urusan tersendiri dan sambil membelah arus manusia melewati stesen keretapi terasa seperti ada sesuatu yang aneh pada mereka berbanding di tanah air. Kaum lelaki mereka sangat menghormati the opposite. Sepanjang aku merewang dan melencong ke sana sini langsung tak dengar suara dan siulan sumbang mereka ke arah kaum hawa. Berbeza dengan di sini, di mana ada perempuan berejalan di kaki lima di situlah akan ada kaum adam mengorat tanpa segan silu. Mungkin saya terexagerate sedikit. Maaf tapi gejala yang semakin menular liar ni akan menjadi suatu wabak yang sukar diatasi suatu hari nanti jika tak diambil langkah segera.Tapi di sini tidak. Tak hairanlah kak aku dengan selamba yaya je keluar sorang diri jauh entah ke mana shoping tak ingat dunia.

Dan satu lagi, sebagaimana di sini peratusan yang free hair agak tinggi tapi di sana you can hardly find a woman even a girl walking without hijab. Dan tak sedikit juga yang bertudung bulat dan berjubah. Aku betambah terkesima.

Suatu perkara yang memnag tak sah aku tak mention adalah makanan yummy nye..yang variety. Lagi-lagi pasar just balakang rumah. Maka heavenlah kami setiap kali balik.hoho. Owh our intention adik beradik everytime going back to Yala pun is largely bacause of food. hah2. Bepeluh-peluh makan adalah suatu kemestian. Dengan pattai, nasi kerabu dan macam-macam lagi yang aku tak ingat (susah nak ingat nama siam) dan tak tahu namanya are very much tempting. Anda seharusnya tak patut untuk tak merasa. humm aku azam nak ingat kesemuanya raya ni kalau balik nanti. Doakan aku.



Ayam Golek Perh. Sos die lagi perh

2 tengah yang best tulah yang aku tak ingat name

Mami n Che Dah kat pasar belakang umah. wohoo

Nak lagi?? err nanti lah lepas raya. heh







Thursday, September 3, 2009

Sakai....

salam...

Ish dekat 2 bulan jugak takde entry baru dari blog ni. Dan dah 2 posting belalu sambil blog ni tak terupdate-update. Dua kemungkinan lagi di sini.

1. aku malas
2. aku buat-buat sibuk

Masalahnya both are true. aduhailah.

Anyway brief summary ape yang aku dah lalui. Posting paeds and family med dah lepas. Now posting sakai. Boleh dikatakan dramatik jugek paeds aku. Tu apa yang member-member seangkatan mensuasanakan keadaan. Tapi pada aku lebih kepada haru dan biru nak dekat-dekat hitam dan pitam. Lecturer yang paling kami nak elak sangat tulah jadi examinerku. Nak jadi lepat pisang time tu pun dah tak guna dah dan sememangnya tak berguna. Dah gelabah sangat..luah aje perasaan kat examiner. haha. Kemudian temangu-mangu sorang diri sambil tunggu short case. Tak apalah yang dah lepas tu lepas lah. Pass jugak. Syukur.

Dah masuk clinical phase ni makin jarang pergi fakulti. Tapi bila di fakulti terasa lucu pula lihat gelagat tak kira student mahupun staff fakulti dalam elevator. Sebelum tu nak puji sikit sifat elevator di fakulti. Laju....laju gile buat anda rasa gementar when it goes down. Acap kali terasa macam di sunway lagoon theme park. wohoho. But sometimes worry the cable would break as it makes sounds like crepitations when it reached groud floor. After quite some time you get used to it. Berbalik kepada gelagat mereka tadi. Elevator dah tak se pick up dulu. Ambil masa dekat seminit untuk bergerak. Dalam pada tu macam-macam lah aksi mereka. Kebanyakannya mengehenjut-henjut, dengan harapan dapat bagi impulse supaya elevator tu sedar akan kelembapannya dan betindak secepat mungkin. Ada jugak yang lihat jam. Timing bila elvator akan begerak. Ade jugak yang menunggu dengan taat dan patuh. Apa pun elevator nih tetap lembap dengan timing yang berbeza-beza. Kadang-kadang cepat sikit dari biasa. Tapi kebanyakan masa...lembap. eh Astaghfirullah termengumpat elevator pulak time bulan pose ni. ish.

Di bulan Ramadhan nak ambil kesempatan sekejap untuk pesan memesan. Oleh kerana Allah Taal dah berpesan dari awal bahawa taqwa itu hasil ramadhan. Maka bengonglah kita kalau masih ambil tak endah untuk berusaha ke arah itu. Di waktu ini sahajalah kita hanya berperang dengan nafsu tanpa pakwe dia Syaitan. Haruslah kita mengambil peluang yang terbuka luas untuk tambahkan darjat ketaqwaan sehingga capai taqwa yang sebenar-benar taqwa. Rasulullah pernah berpesan lebih kurang, "celakalah bagi mereka yang dalam bulan Ramadhan masih di humban ke neraka". Oleh itu sidang pembaca sekalian, janganlah biarkan diri tergolong di antara yang di laknat. Taqwa itulah tujuan kita.

Salam ramadhan. (dah masuk 2nd half ramadhan dah pun)




Saturday, June 27, 2009

Aku Terima Nikahnya

"Eh To' nape tak pinjam je kereta aku gi amik adik ko kat LCCT?", dengan perasaan aneh aku tanye Dato'

Owh. Name sebenar dia Ikhwan Jabilin, tapi kami panggil Dato' sebab memang ada gaya persis dengan bertitle Dato'.

"Kan ko ade hal, ko kate nak gi somewhere", balas Dato' tanpa ekspresi muka tapi aku faham dia pun berasa aneh dengan pertanyaan aku.

Aduss. Apa ye yang aku sepatutnya kena buat hari ni? Memang aku dah ada hal hari ni yang buatkan aku tak dapat nak pinjamkan kereta aku kat Dato', tapi aku sendiri pun dah lost, panik dan gelabah (memang bersifat begitu sejak azali). Terus online menanya Ain, member SMKA dulu-dulu.

"Mane ade member kite kawen, ke ko yang kawen?" Buat lawak tak kena masa pula si minah itu.

"Baba, ade member kite kawen ke ari ni?" Baba member SMKJ3 yang masih rapat.

They all denied my enquiries. humm. Makin gelabah. Terasa bersalah dengan Dato', terpaksa pergi ambil adik 'beliau' di LCCT dengan public transport.

Saved message, entah kenapa berinisiatif buka folder tu dalam handset.

"Ya Allah Athiq kawen rupanya!"

Dah lama tak dengar khabar member-member DQ. Rindu serindu-rindunya nak jumpa korang. Itulah, sapa suruh mengade sangat mintak keluar UIA dulu. Kan dah tinggal sorang2 kat sini. Anyhow Athiq salah sorang member DQ yang sekelas. dengan aku Terkenal dengan datang lewat, mata bengkak (menghafal kot), tapi tak hantar2 juga kat Ustaz. Pun begitu dia tetap menyenangkan hati mereka di sekeliling dengan sifat riang ria di hari raya nya. Owh, si Kedah yang pekat, kelat dengan loghat Kedahnya. Hari ni dia telah mendahului kami, dirikan masjid. Aku sangat JELES sama kamu! Owh..sempat juga aku datang walimah enta kan. Yeah. Congrats Athiq (Jordan) n Maryam (UIA Kuantan)


Yazid aka sibawayh, wife n Bashir (si baby) with newly wed couple


Faizuddin, Nuar, Athiq, Maryam, Pak Chan, Yazid (sibawayh) n Shafiq




Tuesday, June 23, 2009

Dialah segalanya

"Mesti Mummy rase sunyi sekarang kan? Semua anak2 mummy dah besar", Tanye si anak

"Yalah nak buat macam mana.." Jawab si Mummy

Begenang kelopak mata si anak tadi. Begenang dengan kesunyian ibu yang suatu masa dahulu tak menang tangan melayan kerenah anak2 yang buas. Sibuk mulut mengomel anak2 yang tak berapa nak faham arahan beliau, atau saja tak nak faham. Tangan itu yang menyuapkan nasi dengan ikan masak kicap, Tangan itu yang membasuh, menyidai, menggosok baju. Memasak dengan masakan yang "the best in the world" phrase yang mummy suka sangat guna untuk pujuk si anak merasa masakan beliau. Mengurut kaki yang terseliuh si anak. Bangun di tengah malam menadah kedua belah tangan pohonkan kebahagiaan dan kejayaan anak2 dunia juga akhirat. Mengajar Iqra dan Quran di siang hari memastikan anak2 betul sebutan dan makhraj.

Pun begitu beliau ceria. Ceria kerana inilah anak2nya. Merekalah penyejuk mata dan hati. Mereka pengubat kesunyian... merekalah segala-segalanya. Sekarang anak2 dah besar, panjang dan lebar (sesetengahnya). Dah punya teman untuk tinggal berjauhan membahagiakan diri. Dah punya komitmen untuk kerjaya. Mungkin juga selalu melupakan mummy di rumah. Sedang mummy tak pernah lupakan cahaya penyejuk mata dan hati beliau.

"Kenapa boleh tumpah gula mummy?" bertanya si anak, hairan mummy nya tertumpah gula semasa mencedok dari bekas ke tea pot. Kerana tak nampak macam mummy yang biasa.

"Mummy dah tak macam dulu, mummy dah tak sihat macam dulu,"

Sekali lagi begenang kelopak mata si anak. Owh mummy banyaknya korban mummy. Apalah sangat korban si anak terhadap mummy. Tak terbanding dan terkira dengan pengorbanan mummy. Kami lah yang banyak membebankan mummy. Kerana kamilah mummy selalu sakit badan, demam dan tak segar (bahasa kelantan).

Temanlah mummy selalu sebab mummy sunyi, mummy perlukan teman penyejuk mata dan hati. InsyaAllah. Rayu si anak terhadap dirinya.



video

Tuesday, June 9, 2009

Sori Mak Cik!!

"Balik ke doktor?" Sorang student Ampang Medikal sapa sorang HO. Saja buat-buat mesra. hoho

Jam masa tu lebih kurang pukul 5 lebih. Si student perasan rajin baca buku kat kaunter BHT tapi sebenarnya dia bosan nak balik asrama dan bosan tak tahu nak buat apa. Jadi perasan sorang2 rajin.

Sambil menuju ke pintu keluar dalam masa yang sama menoleh ke arah si student lalu membalas HO itu..

"Ha'ah, kamu on call ke?" Dengan nada perli

*kepush*

Bunyi botol air jatuh atas lantai. Habis melimpah air. HO tu beredar dengan sangkaan yang paling baik. adeh. Maybe dia rasa selain dari botol tanpa ada air yang jatuh kot.

Balik je mak cik guard tu abis merah padam muka bila perasan air melimpah. Bukan sebab air minum dia tumpah, tapi habis beg dia basah kuyup.

Ke sana ke mari entah apa motif dia, sapa sorang student ni,

"Ade ape mak cik?"

Student yang sama lihat botol tadi jatuh atas lantai, melimpah air mebasahkan beg mak cik tadi, student yang sama itu jugaklah yang buat-buat bengong dan tak tahu, menanya mak cik tadi. ohhh.

Dilema

Student tu dilema akan 2 pekara penting:

1) kalau dia beritahu kat mak cik tadi, HO tu yang buat. Macam mana agaknya reaksi mak cik tu kat HO setiap kali diorang berjumpa? "Selamat pagi Dr yang tumpahkan air saya" Besalahnya student tu pada keruhkan hubungan Dr ngan guard pula. Adeh
2) kalau dia tak beritahu selamatlah Dr tu. Dan selamatlah hubungan guard tu ngan si Dr. Besalahnya pada menyimpan kebenaran pulak. Adeh

Maka petang yang tak benasib baik tu dia telah pilih yang no2. Dan dia sorang2 hidup dalam rasa bersalah. Sori makcik!