Saturday, February 28, 2009

Ourstory


Setiap tahun U kami akan mengadakan sukan antara fakulti SUFA. Dalam kesibukan belajar dan tak belajar fakulti kami berjaya menghantar wakil untuk sebahagian besar jenis sukan yang dipertandingkan. Dan antara sukan feveret saya adalah bolasepak. Er mungkin sebab saya sebahagian daripadanya? Ya mungkin mungkin!. hehe. Pasukan kami terdiri daripada pelajar tahun 1,3 dan 4. Dan saya merupakan antara pemain veteran bersam-sama dengan 2 lagi rakan lain. veternalah sangat. Dengan beberapa siri perlawanan persahabatan kami adakan dirasakan inilah pasukan yang terbaik pernah kami bentuk. Dan kami bersedia untuk gegarkan padang USIM dan gentarkan mana-mana pasukan dari fakulti lain. Seperti biasa kami dianggap pasukan underdog oleh fakulti lain mungkin berdasarkan track record kami di edisi SUFA yang sebelum ini. Inilah kelebihan buat kami kerana ternyata pasukan kali ini adalah sama sekali berbeza.
Oleh kerana pengalaman yang masih cetek dan gaya permainan yang goyah kami melepasi perlawanan pertama dengan kekalahan 0-1 kepada FEM. Namun itu itu tidak sedikit pun mematahkan semangat kami. Hasilnya kami berjaya layak ke semi final selepas melakar kemenangan terhadap FPBU 3-0 dan FKP 2-1 dan hanya satu langkah sahaja untuk layak ke final. FSU pasukan yang menanti kami di semi final. Mungkin disebabkan kepenatan dan kebanyakan pemain adalah first timer kami kalah tipis kepada FSU dan sekadar mendapat tempat keempat selepas kalah penalti kepada FEM itupun setelah memberikan tentangan sengit terhadap mereka.
Walaupun terkeluar daripada kejohanan kami patut berbangga kerana telah melakar sejarah berjaya layak ke separuh akhir. Harapan agar fakulti ini dapat layak ke final pada edisi akan datang seterusnya menjadi juara. Minta maaf agak skema entri kali ini. :)

Monday, February 16, 2009

Posting yang bukan posting

Haaah Alhamdulillah posting forensik dah lepas. Sekarang dah di posting komuniti. Kat Tampin. huhu. 6 minggu kami di 'post' kan di sini. Mungkin dah terbiasa hidup dan hirup udara ibu kota..cewah..terasa living in here is a bit difficult. Walaupun kami masih berupaya bergelak ketawa bersama tapi nampak di wajah masing-masing 'seri' kebosanan yang tak boleh di tutup lagi. Arus kebosanan pasti akan bertukar kepada ribut dan seterusnya taufan yang mengganas. Cuma tunggu masa sahaja. Tapi di belakang minda masih kedengaran suara bahawanya posting ini pasti kan menjadi suatu yang akan diingat dan di perkatakan ketika perasaan bosan melanda di masa hadapan. Bahawasanya bosan-bosan di masa hadapan pun apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan bosan di masa 'itu'. hehe. Harapnya cepat-cepatlah waktu ni berlalu pergi atau tidak pun menjadi kenangan manis yang pahit. What am I talking about..I really have no idea. Nuff blabbering. Hehe