Saturday, September 12, 2009

Yala itu Jala


Salam.

Puas tak terkata angkatan kami bercuti daripada perasaan perasan sibuk selama 2 minggu untuk raya. Sedang angkatan-angkatan lain hanya mula bercuti sehari dua hari sebelum raya, kami kami hanya mampu susun sepuluh jari memohon ampun buat pihak atasan yang menyusun schedule sedemikian rupa. ehehe.

Pun begitu aku 'becuti' 2 hari labih awal daripada sepatutnya. Alasan: teman ibu balik hometown beliau di Yala. Tak tahulah acceptable ke tak. Pause jap.

Buat makluman semua, Yala adalah daerah paling selatan Thailand. Dahulunya ia pernah bersama-sama daerah Songkhla, Pattani dan Narathiwat di bawah satu pemerintahan Kesultanan Melayu Pattani. Semuanya adalah berjiran. Nama Yala pula sebenarnya berasal daripada perkataan Melayu: Jala dan juga dipanggil Jolor.

"orang Siam tak pandai sebut 'J', sebab tu jadi Yala" Mami aku beri sebab. Owh...takdelah pulak dalam wikipedia. Kene edit ni. Heh

This city has once been one of the most beautiful city in Thailand and popular city for tourism - Wikipedia

Tapi disebabkan aktiviti gerakan pemisahan, title nye makin pudar. Sedih dan haru. Tapi itulah hakikatnya, mereka mahukan pembebasan daripada cengkaman kerajaan Thailand dan bebas memerintah negeri sendiri.

Barbalik kepada story tadi. Jadi pulanglah aku dengan mami ku melawat pak cik aku kat hospital. Kesibukan lalu lintas di bandar Yala ditambah pula dengan kesungguhan peniaga melayan pembeli dan pelanggan di pasar belakang rumah menyebabkan aku dengan tak biasanya, sedar bahawa banyak perbezaan antara semanjung Malaysia dengan orang-orang kat sini. Selama ini hanya mulut, tangan dan mata yang memerhati...tanpa hati menyertai. Tiba-tiba terasa seperti terjaga dari tidur nyenyak dengan air liur basi melimpah ruah. hah2

"Gi dulu ma deh", ucap sorang laki pada mami ku

Kehairanan aku sekejap yang tengah duduk keboringan menunggu Rottu (kereta kotak= van) yang bawa penumpang dari Sg kolok/Golok ke Yala. Ala-ala bas ekspres tapi ianya van/rottu. Apalah tetibe mamat tu panggil mami aku mama. Ada bau-bau bacang ke? tapi takdelah pulak dia borak-borak dengan mami ku.

"Mama ni panggilan digunakan pada mak cik yang lebih tua". Jelas mami ku. owwhhh

Itulah Pertama sekali sifat luar biasa mereka yang aku perasan. Mereka sangat menghormati orang lebih tua. Hormat mereka dibuktikan dengan bahasa percakapan seharian yang lebih mengeratkan dan mengukuhkan ikatan hormat tadi. Ia adalah budaya pakaian mereka. Aku terkesima.



Rottu=kereta kotak ekspres

Berjalan-jalan di sekitar bandar tanpa hala tuju dan matlamat sambil usha-usha gelagat mereka dengan urusan tersendiri dan sambil membelah arus manusia melewati stesen keretapi terasa seperti ada sesuatu yang aneh pada mereka berbanding di tanah air. Kaum lelaki mereka sangat menghormati the opposite. Sepanjang aku merewang dan melencong ke sana sini langsung tak dengar suara dan siulan sumbang mereka ke arah kaum hawa. Berbeza dengan di sini, di mana ada perempuan berejalan di kaki lima di situlah akan ada kaum adam mengorat tanpa segan silu. Mungkin saya terexagerate sedikit. Maaf tapi gejala yang semakin menular liar ni akan menjadi suatu wabak yang sukar diatasi suatu hari nanti jika tak diambil langkah segera.Tapi di sini tidak. Tak hairanlah kak aku dengan selamba yaya je keluar sorang diri jauh entah ke mana shoping tak ingat dunia.

Dan satu lagi, sebagaimana di sini peratusan yang free hair agak tinggi tapi di sana you can hardly find a woman even a girl walking without hijab. Dan tak sedikit juga yang bertudung bulat dan berjubah. Aku betambah terkesima.

Suatu perkara yang memnag tak sah aku tak mention adalah makanan yummy nye..yang variety. Lagi-lagi pasar just balakang rumah. Maka heavenlah kami setiap kali balik.hoho. Owh our intention adik beradik everytime going back to Yala pun is largely bacause of food. hah2. Bepeluh-peluh makan adalah suatu kemestian. Dengan pattai, nasi kerabu dan macam-macam lagi yang aku tak ingat (susah nak ingat nama siam) dan tak tahu namanya are very much tempting. Anda seharusnya tak patut untuk tak merasa. humm aku azam nak ingat kesemuanya raya ni kalau balik nanti. Doakan aku.



Ayam Golek Perh. Sos die lagi perh

2 tengah yang best tulah yang aku tak ingat name

Mami n Che Dah kat pasar belakang umah. wohoo

Nak lagi?? err nanti lah lepas raya. heh







Thursday, September 3, 2009

Sakai....

salam...

Ish dekat 2 bulan jugak takde entry baru dari blog ni. Dan dah 2 posting belalu sambil blog ni tak terupdate-update. Dua kemungkinan lagi di sini.

1. aku malas
2. aku buat-buat sibuk

Masalahnya both are true. aduhailah.

Anyway brief summary ape yang aku dah lalui. Posting paeds and family med dah lepas. Now posting sakai. Boleh dikatakan dramatik jugek paeds aku. Tu apa yang member-member seangkatan mensuasanakan keadaan. Tapi pada aku lebih kepada haru dan biru nak dekat-dekat hitam dan pitam. Lecturer yang paling kami nak elak sangat tulah jadi examinerku. Nak jadi lepat pisang time tu pun dah tak guna dah dan sememangnya tak berguna. Dah gelabah sangat..luah aje perasaan kat examiner. haha. Kemudian temangu-mangu sorang diri sambil tunggu short case. Tak apalah yang dah lepas tu lepas lah. Pass jugak. Syukur.

Dah masuk clinical phase ni makin jarang pergi fakulti. Tapi bila di fakulti terasa lucu pula lihat gelagat tak kira student mahupun staff fakulti dalam elevator. Sebelum tu nak puji sikit sifat elevator di fakulti. Laju....laju gile buat anda rasa gementar when it goes down. Acap kali terasa macam di sunway lagoon theme park. wohoho. But sometimes worry the cable would break as it makes sounds like crepitations when it reached groud floor. After quite some time you get used to it. Berbalik kepada gelagat mereka tadi. Elevator dah tak se pick up dulu. Ambil masa dekat seminit untuk bergerak. Dalam pada tu macam-macam lah aksi mereka. Kebanyakannya mengehenjut-henjut, dengan harapan dapat bagi impulse supaya elevator tu sedar akan kelembapannya dan betindak secepat mungkin. Ada jugak yang lihat jam. Timing bila elvator akan begerak. Ade jugak yang menunggu dengan taat dan patuh. Apa pun elevator nih tetap lembap dengan timing yang berbeza-beza. Kadang-kadang cepat sikit dari biasa. Tapi kebanyakan masa...lembap. eh Astaghfirullah termengumpat elevator pulak time bulan pose ni. ish.

Di bulan Ramadhan nak ambil kesempatan sekejap untuk pesan memesan. Oleh kerana Allah Taal dah berpesan dari awal bahawa taqwa itu hasil ramadhan. Maka bengonglah kita kalau masih ambil tak endah untuk berusaha ke arah itu. Di waktu ini sahajalah kita hanya berperang dengan nafsu tanpa pakwe dia Syaitan. Haruslah kita mengambil peluang yang terbuka luas untuk tambahkan darjat ketaqwaan sehingga capai taqwa yang sebenar-benar taqwa. Rasulullah pernah berpesan lebih kurang, "celakalah bagi mereka yang dalam bulan Ramadhan masih di humban ke neraka". Oleh itu sidang pembaca sekalian, janganlah biarkan diri tergolong di antara yang di laknat. Taqwa itulah tujuan kita.

Salam ramadhan. (dah masuk 2nd half ramadhan dah pun)