3 jam drive ke kelantan dari ganu aku rase puas. Puas hati lapang dada. Banyak juga perkara yang dibincang ngan papa. Daripada start je engine, berhenti kejap untuk sarapan, sambung balik perjalanan hingga papa dozed off setengah jam sebelum sampai umah mek (nenek), kami isi dengan muzakarah. Kehidupan yang realiti. Puas aku sebagai anak. Yalah laki selalunya dengan ayah takdelah ngam sepertimana ngamnya dengan mak. Dialog-dialog ringkas juga padat menghiasi kehidupan anak lakinya dengan ayah. Perasaan concern ayah tak selalunya dizahirkan. Tapi di tengah malam waktu orang lain nyenyak tidur, dihamparkan sejadah ditadah tangan bedoa menangis dan merengek untuk kebaikan anak-anak..yang mana selalu kami ambil tak kisah, ambil ringan mungkin tak faham dengan perasaan ayah terhadap kami. At least tulah realiti ayah aku dan kami yang kadang-kadang2 gagal untuk memahami. Titisan air mata seorang ayah bukanlah semudah seorang ibu..yang membuatkan ianya lebih berharga dan mahal. Kami mungkin akan baru faham korban mereka bila mereka sudah tiada berjalan di atas muka bumi..oh
owh bebalik kepada perbincangan tadi ngan papa. Antaranya yang lekat dalam kepala:
Bila buat kerja ajak orang kepada kebaikan dan hindar keburukan maka Allah beri kefahaman Al-Quran.
"papa selama ni mengajar kat universiti, bentang kertas kerja kat seminar explain kat audience di hotel-hotel sampai diorang tak faham dan kadang-kadang papa sendiri pun tak faham. Untuk apa? Apa hasilnya? Diorang dengar sebab diorang kenal papa. Professor pensyarah universiti. Depan ada title. Orang hormat. Bila turun padang, lapangan orang tak kenal kita.."
"Ha nak apa?!"
"ni agen Yahudi lah ni"
"pergi ajar anak isteri kamu kat rumah dulu. Nak ajar saya pulak"
inilah antara balasan yang dia dan geng dapat bila pergi rumah ke rumah sama-sama ingat memperingati. Malahan pernah sekali di hambur sebegitu dengan anak murid sendiri! sebelum baru cam itulah guru dia di universiti dulu. MashaAllah. Cuba kita fikir bagaimana pula balasan yang Rasulullah terima daripada pak cik Baginda sendiri, di baling batu dan kacang hantu (kata ustaz sepanjang hampir 12km), diletak bangkai diatas badannya yang suci, sedangkan dia lah kekasih Allah! makhluk yang paling dekat Allah! Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan kejadian tadi. Ia mendidik erti tekan nafsu dan dan rendah diri. Takkan dapat melainkan buat kerja amr ma'ruf dan nahi munkar. Maksud papa.
Dan Muhammad, manusia yang paling Allah sayang, tinggi nya cinta sehingga dalam Al-Quran dan sepanjang dialog dengan Baginda pun tak pernah Allah panggil dengan panggilan nama baginda berbeza dengan rasul-rasul yang lain.
ya isa, ya musa ya zakariyya dan seterusnya panggilan Allah kepada mereka. Berbeza dengan Baginda nabi Allah panggil ya ayyuhan nabi menunjukkan betapa Allah sangat memuliakan Baginda sebagaimana dalam Al-Quran juga dalam solat kita. Dan digunakan perkataan Muhammad hanya dalam ayat penyata ditujukan kepada kita umat nya. Muhammadur rasulullah ayat terakhir surah al fath. Dan ini kata papa, papa tak nampak melainkan selepas buat kerja amr bil ma'ruf nahi anil munkar.
Maka fahamlah aku bila kita berterusan wat kerja ni siki-sikit Allah akan bagi faham agama dan dengan faham agama sajalah seseorang dapat jadi baik seprti mana kata nabi kita lebih kurang maksud
"Barang siapa yang Allah hendakkan kebaikan baginya maka Dia akan memahamkannya agama"
Ada banyak lagi contoh-contoh lain tapi cukup sekadar tu dulu. Next entry maybe. InsyaAllah.