Friday, April 24, 2009

Selantanese

Lahir di Selangor. Punya Mak and Ayah dari Pattani dan Kelantan. Semua kami adik beradik lahir di Selangor kecuali seorang, kelantan. Pun begitu masing-masing berbahasa klate dalam rumah. Perkara ini buatkan diri terasa bangga juga syukur. Sedar bahasa yang dipakai adalah selangor yang dikelantankan. Mana tidaknya sepanjang hidup aku kat Selangor. Tapi untuk berbahasa Klate aku boleh anggap diri pass layak mengaku sebagai anak kelantan. (stuju ke cok and abu?) he2. Sesekali rase malu juga nak berbahasa dengan Kelantanese sebab tau bahasa yang aku pakai, diorang pun kadang-kadang tergaru juga kepala. Tak tepat pengunaan perkataan and stressnya.

"sayo nok make nih", tergelak ayam member kelantanese dengar ayat aku yang cuba eksyen dengan kekelantanan aku.

Sedangkan yang sepatutnya adalah Kawe untuk mereka yang tak rapat atau aku untuk yang dah ngam.

Kesian mereka selangorian yang beribu bapa kelantanese tapi tak cukup fasih untuk mengaku mereka anak Kelantan. Mungkin akan ada yang tersinggung tapi itu adalah fakta. Dan fakta tidak menipu.

Danau kota yang memang feymes jual pakaian branded tak ori terase bagai Wakaf Che Yeh. Patutlah orang sane bile pagi overseas dikagumi. Levi's, Nike, Adidas dan sekeluarga dengannya memang bersepah tepi2 jalan Kelantan.

Owh sempena FA cup final anatara Selangor dan Kelantan malam ni harapan menggunung pasukan negeri yang saya banggakan itu dapat julang piala buat pertama kalinya. Dah 39 tahun kami dahagakan sebarang title. Moga trak polis di park jauh-jauh supaya tidak lagi menjadi mangsa keadaan. :p. Kelantanese my true blood.

Monday, April 13, 2009

Sudah dewasakah kita?

"Bila ko start anggap diri ko dewasa?"

Suatu persoalan dituju rakan saya secara tiba-tiba semasa kami, saya dan seorang lagi rakan sedang melayan makanan tengah hari. Suatu persoalan yang berat..sungguh berat sedang kami tengah dalam keadaan lega baru je lepas abis paper community (Otak dah switched off).

"Bila aku dah kawen baru aku consider dah dewasa", jawab rakan sebelah tanpa ragu-ragu

Bila dah kahwin ada tanggungjawab. Tanggungjawab untuk jaga isteri. Time sekarang ni kita tak perlu risau apa-apa tanggungjawab. Were on our own. Tulah hujah rakan sebelah. Maka dewasa secara tak langsung didefinisikan sebagai suatu keadaan yang mana seseorang itu dibelakangnya punya tanggungjawab ke atas orang lain. Humm at least dia punya hujah, sedang saya masih kaget. teraba-raba dalam minda.

"Budak kecik, melompat sana , melompat sini, berlari sana, berlari sini, seronok jadi diorang, tak payah risau pasal apa-apa. Ingat senang ke jadi orang besar, penuh dengan tanggungjawab", Ibu saya berfalsafah.

Dua peristiwa ni memang terngiang-ngiang dalam diri seolah-olah ada mic tersembunyi dalam badan. Akhirnya bersetuju dengan rakan sebelah walaupun dalam teragak-agak dan bukanlah sepenuhnya setuju tu. Yalah tak pernah terfikir sebelum ni tetiba macam bom datang tanpa amaran dan diri belum bersedia. Saya setuju dewasa bersinonim dengan tanggungjawab. Dewasa di sini bukan yang dimaksudkan secara literal sama ada berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai secondary sexual characteristics. Apabila menganggap diri dewasa, maka setiap keputusan dibuat akan ditimbang tara terlebih dahulu keadaan sekeliling. Sama ada manusia mahupun bukan. Sama ada keputusan yang dibuat akan mendatangkan manfaat bersama ataupun kemudaratan. Setiap keputusan berlalu bersama sifat rasional. Bukanlah hanya membabi buta membuat penilaian terhadap sesuatu dan berkelakuan seolah-olah dia sahaja betul.

Petang tu pulang ke kondo tempat kami tinggal dalam keadaan resah dan peduli. Terfikir mengenai apakah maksud dewasa yang setepatnya.

Dah kahwin baru dewasa? itu saya tidak setuju. Apa kata pemabaca pula. Sudi-sudilah banyakkan komen saya. hehe