Monday, April 13, 2009

Sudah dewasakah kita?

"Bila ko start anggap diri ko dewasa?"

Suatu persoalan dituju rakan saya secara tiba-tiba semasa kami, saya dan seorang lagi rakan sedang melayan makanan tengah hari. Suatu persoalan yang berat..sungguh berat sedang kami tengah dalam keadaan lega baru je lepas abis paper community (Otak dah switched off).

"Bila aku dah kawen baru aku consider dah dewasa", jawab rakan sebelah tanpa ragu-ragu

Bila dah kahwin ada tanggungjawab. Tanggungjawab untuk jaga isteri. Time sekarang ni kita tak perlu risau apa-apa tanggungjawab. Were on our own. Tulah hujah rakan sebelah. Maka dewasa secara tak langsung didefinisikan sebagai suatu keadaan yang mana seseorang itu dibelakangnya punya tanggungjawab ke atas orang lain. Humm at least dia punya hujah, sedang saya masih kaget. teraba-raba dalam minda.

"Budak kecik, melompat sana , melompat sini, berlari sana, berlari sini, seronok jadi diorang, tak payah risau pasal apa-apa. Ingat senang ke jadi orang besar, penuh dengan tanggungjawab", Ibu saya berfalsafah.

Dua peristiwa ni memang terngiang-ngiang dalam diri seolah-olah ada mic tersembunyi dalam badan. Akhirnya bersetuju dengan rakan sebelah walaupun dalam teragak-agak dan bukanlah sepenuhnya setuju tu. Yalah tak pernah terfikir sebelum ni tetiba macam bom datang tanpa amaran dan diri belum bersedia. Saya setuju dewasa bersinonim dengan tanggungjawab. Dewasa di sini bukan yang dimaksudkan secara literal sama ada berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai secondary sexual characteristics. Apabila menganggap diri dewasa, maka setiap keputusan dibuat akan ditimbang tara terlebih dahulu keadaan sekeliling. Sama ada manusia mahupun bukan. Sama ada keputusan yang dibuat akan mendatangkan manfaat bersama ataupun kemudaratan. Setiap keputusan berlalu bersama sifat rasional. Bukanlah hanya membabi buta membuat penilaian terhadap sesuatu dan berkelakuan seolah-olah dia sahaja betul.

Petang tu pulang ke kondo tempat kami tinggal dalam keadaan resah dan peduli. Terfikir mengenai apakah maksud dewasa yang setepatnya.

Dah kahwin baru dewasa? itu saya tidak setuju. Apa kata pemabaca pula. Sudi-sudilah banyakkan komen saya. hehe

10 comments:

aw3rz said...

Dewasa, dalam pandangan saya adalah anda mampu membezakan antara yang baik dan salah. Opps, silap! Itu adalah mumaiyiz. Hehe.

Tapi betol, dewasa tu bile ko dah tau ape yang ko kene buat dan takle buat. Dari segi pergaulan, professionalism, etc. Dewasa tak semestinya ko takle lompat-lompat, gelak-gelak, buat lawak lucah dan hanya boleh berlagak macho macam orang kene buasir. Tapi dewasa sepatutnya ko tau bile masa dan tempat untuk lompat-lompat, gelak-gelak dan berlagak macho (semestinya ketika buasir).

Dan pasal kahwin, ko jangan tanye aku. Tu perkara last aku nak fikir. Yang penting, kite enjoy! Ok.Joke2. Kahwin pun enjoy, kot.

Unwitting Self said...

Orang boleh bg pandangan masing2 tp pendirian mana yg kite nak ikut tu yg susah. Kalau Islam dah ade jawapannye lagi senang,kan?

But since you ask,aku bagi je la pandangan aku. An adult is someone who takes responsibility for his/her actions. Dan setiap tindak tanduk die ade prinsip dan berpandukan landasan yang baik e.g Quran & Sunnah

Faiz Shukri said...

dewasa boleh jadi banyak jenis. dewasa luaran tak bermakna dewasa jugak rohani dan jiwa dia. ada orang muka memang matang, tapi perangai dan tindakan kadang2 macam budak2.. dan begitulah sebaliknya.. banyak perkara yang menjadikan seseorang itu dewasa atau tak ie. pegangan dia, pemikiran dia, tindakan dia, tanggungjawab dia etc

mjadi dewasa tak bermakna menjadi serius 100%..ada jugak masa dia bgurau..tp gurauan dia gurauan yg baik insyaAllah, yg bukan mempermainkan rupa seseorang, atau bergurau dengan memalukan orang lain, atau lucah dan etc

apa2pun, hanyalah pdapat peribadi since not mintak (hehe)... wallahu'alam.

Jamil said...

Kayu ukur kedewasaan aku adalah ibu bapa. Andai kata aku belum mencapai bahkan kalau belum menghampiri pun tahap mereka, maka tidaklah aku dewasa lagi.

At least itulah yang aku selalu diberitahu oleh mereka hoho.

imyahus said...

aku dah biasa dgn bende ni. maklum la lebih tua.. setahun (haha). aku x pasti ape, but bagi aku dewasa tu satu benda yg susah nak diukur.. ada je bebudak 18 tahun tapi dah reti berdikari dan bertanggungjawab, mostly sebab selalu hidup dalam kesusahan, dan ada juga org tua yg masih berperangai kebudakan sebab selalu dimanjakan dan sentiasa dapoat ape yg diminta

semakin dewasa, semakin besar tanggungjawab dipikul.. maruah sendiri, harapan ibu bapa, cabaran rakan, impian pasangan hidup, dan model bagi anak cucu. kita jadi dewasa secara berperingkat bila dah bersedia pikul tanggungjawab satu per satu.

secara ringkas, dewasa lah kita bile kite tahu apa yg perlu dibuat pada masa2 tertentu dalam hidup kite. peace. wassalam

pulasan007 said...

dewasa ialah dato...gulp

nuarasheeq said...

dalam islam dipanggil mukallaf. setiap perkara yang dibuat die sendiri yang tanggung.

miqdad: dato tuh dewasa tahap dewa. :p. tumpang lalu to. he2

azaHmaeL said...

jom jadi dewasa :D

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Huh.. akhirnye post baru..

Matang betul post SAUDARA ANUAR kali ni..:)
Cetusannya sungguh menusuk kalbu..

Semoga ALLAH menyayangi kita semua.


MD.. smga kita dapat minda super sama-sama.. Mungkin minda super lagi hebat dari minda matang.. :)

Blh lh berguru dgn ko balik ni..


www.onelovefortheworld.wordpress.com\

-DATO'-

atikah ayuni said...

nabi kate, jadila org yg matang, nabi x kate dewasa. tp bg saye, matang itu sinonim dgn dewasa. so lbh krg jgk mksd dewasa.

The point is, nabi suruh jadi matang dgn bnyk pk psl jangka pnjg, ie akhirat.so, nabi kate org yg plg matang adalah org yg plg bnyk igt akhirat.

wallahu a'lam