Tuesday, January 27, 2009

More please!

The news had astonished me. What comes into your mind when Frederic Kanoute's name is mentioned? Firstly he's a footballer who plays in Spain. Secondly he's a Muslim. A reverted muslim. He's not an ordinary footballer and also not an ordinary Muslim. He was a top scorer in Spanish La Liga last season. Well Thierry Henry also made name with his prolific striking rate at Arsenal. But this lad is special. He's not just a typical footballer who only plays football week in week out and tastes pleasure of getting high salary. He not only plays but he speaks through football.
I first came notice of him when he stole the headlines by not going to wear his jersey while on the pitch since the label stamped in front is a gambling company and it's forbidden in Islam. After negotiation he agreed that all the money sponsored by the company to him will be donated to children welfare. Not only that, recently during the Gaza attack once again he stole the headlines by exposing his shirt after celebrating his goal that written the word Palestine in several languages showing his support on citizen of Palestine. He was then fined with an amount of money that I'm not sure of.
Firstly it's because a player is not allowed to take off his shirt while celebrating his goal and secondly, a player is not allowed to be involved with politics and world issues. Did'nt he aware of these rules? I'm totally sure he knew. But then why did he still do what is not allowed to do? Players are also human being like others. They have freedom to express what they think of. They're not a slave to be told you can't do this and that. They are role model that most men and kids look up to. So for me personally what they do on and off the pitch are really important so that they can unfluence others to do goods and avoid bads. Hopefully his act could open others eyes. At least he already did his best educate people.
p/s: the influx trend of muslim players into premier league is very welcoming. To be ambassadors representing muslims for the whole world is not easy. Hopefully they can project the right view of Islam to the world. i'm a football freak!

Friday, January 23, 2009

Dimana Majlis Agama?



Sudah berdekad lamanya isu merokok diperkatakan tapi apa yang menyedihkan gejala ini tak pernah menunjukkan tanda-tanda surut malahan ia dengan selambanya merebak dan mengganas sehingga ke suatu tahap yang memang tak patut dibanggakan. Punyalah hebat pengaruh benda alah ini sampai kanak-kanak sekolah rendah pun dah terlibat, juga tidak ketinggalan tahap penglibatan kaum hawa yang 'demand' hak yang sama rata dengan kaum adam pun amat memberangsangkan tapi ke ekstrem yang memalukan. Memang rasa nak muntah setiap kali tengok jiran jantina ini menggayakan aksi, model iklan Marlboro pun kalah. Seorang member penah bercerita dulu masa di sekolah hanya 2 orang yang merokok dikalangan satu angkatan. Tapi bila tamat tingkatan 5 hanya 2 orang sahaja yang tak! Saya mengaku saya sendiri pun pernah terlibat secara aktif dengan kegiatan tersebut. Isu ini menjadi hangat sebabnya masyarakat sudah maklum dengan kesan daripada tabiat itu. Amat menggerunkan. Tapi tidak apabila ia tak terjadi pada diri sendiri. Pelbagai kempen telah dijalankan, duit banyak dah buang..hasilnya? makin merisaukan. Dimana silapnya? Bagi saya, sebabnya ialah kurangnya penglibatan yang bersungguh pihak majlis agama. Bayangkan hanya 3 negeri sahaja yang telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Itupun tidak dijelaskan tindakan selanjutnya bagi mereka yang bersalah. haaih. Saya sedih, kecewa dan geram. Tidak risaukah kita kalau nanti anak-anak saudara kita malahan anak-anak kita sendiri nanti terjebak dengan perkara seperti ini. Bermula dariapada merokok akhirnya, sama-sama kita eja D.A.D.A.H. Harapan supaya majlis agama lebih terbuka hati untuk telibat lebih aktif dalam perkara ini. Wallahua'lam.

Thursday, January 22, 2009

Pi mai pi mai tang tu juga..

Malam tadi fakulti saya menganjurkan majlis mengenai Palestin. Antara aktiviti-aktivitinya adalah solat maghrib dan disusuli dengan solat hajat berjemaah dan ceramah mengenai status di Palestin. Pada mulanya saya menjangkakan majlis ini tidaklah begitu menarik perhatian saya. Adakah ianya hanya menjadi suatu yang akan dilupakan setelah pengkhirannya? Adakah ianya hanya menjadi juadah atau santapan buat pendengaran? Sepanjang majlis, inilah persoalan yang bermain di minda. Lalu saya betulkan niat kembali dan berazam bahawa sesuatu mesti saya dapatkan daripada majlis ini. Iaitu rumusan. Rumusan daripada ceramah. Suatu yang perlu dipegang erat. Saya kecewa dengan tindakan sesetengah negara Islam terhadap isu ini. Malahan sejak dahulu lagi negara-negara ini telah menunjukkan tindakan bodoh dan tak masuk akal. Bagaimana sebuah negara Islam yang kaya raya sanggup menggunakan kekayaannya membantu sebuah negara Kafir yang menaja keganasan terhadap Islam keluar daripada kemelut masalah kewangan?! Arab Saudi.. saya tersangat kecewa. Bagaimana mungkin sebuah negara Islam yang mana lahir darinya ulama-ulama besar tidak memberi laluan untuk bantuan kemanusiaan disampaikan terhadap mangsa perang?! Mesir..saya tersangat kecewa. Mereka inilah yang sepatutnya terkehadapan menyelesaikan isu kemelut umat Islam. Tapi yang sebaliknya berlaku. Bayangkan hasil keuntungan daripada umrah dan haji mereka gunakan untuk secara tidak langsung memberi pertolongan menyembelih saudara-saudara kita. Saya tidak perlu mengutuk Zionis terlaknat disini memandangkan Allah sendiri telah mengutuk mereka secara jelas dalam Al-Quran.



Pada hemat saya demonstrasi atau kutukan umat Islam harus ditujukan dan mengutamakan pengkhianat-pengkhianat seperti mereka yang kita anggap rakan. Mereka sebenarlah musuh kita. Rumusan daripada ceramah tadi dapat saya simpulkan, pertama, umat islam perlu membetulkan akidah.

"Macam mana kita nak menang perang kalau teknologi perang kita mundur?"
"Ekonomi perlu mantap baru boleh kuasai dunia.."
"kita kena kuasai negara dulu barulah Islam boleh tertegak.."

Begitulah antara seruan dan laungan yang kita sering dengar di arus media massa mahupun elektronik. siapa yang memberi kemenangan kepada kita? siapa pula yang memberi kekalahan? adakah pihak yang berlainan? Allah juga yang memberi kemenangan, Allah juga yang memberi kekalahan bukan. Jadi perlu betul fahaman, Allah yang bertanggungjawab memberi kita segala apa yang kita impikan dengan syarat kita meletak Allah dihadapan. Apa yang Allah suruh dan Nabi tunjukkan kita patuh dan ikut. Kedua, amal kena betul. Bagaimana kita mahu menarik pertolongan Allah sekiranya nak solat pun kita bagi syarat, lepas habis cerita bla bla lah baru solat. Ada syarat pula kita kenakan untukk agama ini terhadap kita. Ketiga, iaitu menyetujui yang pertama dan kedua. Wallahualam. Perbetul diri jua

Friday, January 9, 2009

unplanned getaway

Fuuh..baru lepas posting obstetric. Alhamdulillah end posting exam pass. yeah. erk. Banyak kenangan yang bile recall kembali memang boleh buatkan saya tersengih keseorangan. Pada awal posting kumpulan saya ditempatkan di Temerloh dan klinikal kami di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. Selain daripada menghadiri ward round di siang hari hidup..ceria. Malam hari..lain pula cerita nya. Temerloh..mati. Yup..saya ulang buat kali terakhir (kali pertama, juga yang terakhir) ngeh2 Temerloh mati. Kebetulan ada karnival kanopi. Alah yang orang dok jual-jual barang bawah kanopi tu. Boleh bayang tak itu sahaja tempat kami ulang alik untuk lepaskan rasa bosan kami. Padahal apa lah sangat barang yang dijual. Dan dengan barang yang sama, penjual yang sama itulah kami berpura-pura beraksi seakan-akan tempat itu memang happening habis. huhu. Akibat daripada kebosanan tahap maksimum akhirnya kami telah membuat keputusan spontan.. ke Kelantan kita pergi nak? maka ke Kelantan lah kami pergi. Bertolak Jumaat petang dan kembali pagi Isnin. Inilah sedikit sebanyak aktiviti kami di sana. Boredom...cured!





Taman Tamadun Islam, Ganu


Cak! hee


Advertisement dalam tulisan jawi. humm menarik


Bersama adik beradik Abu di Rantau Panjang. E'e yang gebu isk


Gerai paling feymes di Ganu dikalangan orang KL, gerai gelas besar. Slurp