Friday, January 23, 2009

Dimana Majlis Agama?



Sudah berdekad lamanya isu merokok diperkatakan tapi apa yang menyedihkan gejala ini tak pernah menunjukkan tanda-tanda surut malahan ia dengan selambanya merebak dan mengganas sehingga ke suatu tahap yang memang tak patut dibanggakan. Punyalah hebat pengaruh benda alah ini sampai kanak-kanak sekolah rendah pun dah terlibat, juga tidak ketinggalan tahap penglibatan kaum hawa yang 'demand' hak yang sama rata dengan kaum adam pun amat memberangsangkan tapi ke ekstrem yang memalukan. Memang rasa nak muntah setiap kali tengok jiran jantina ini menggayakan aksi, model iklan Marlboro pun kalah. Seorang member penah bercerita dulu masa di sekolah hanya 2 orang yang merokok dikalangan satu angkatan. Tapi bila tamat tingkatan 5 hanya 2 orang sahaja yang tak! Saya mengaku saya sendiri pun pernah terlibat secara aktif dengan kegiatan tersebut. Isu ini menjadi hangat sebabnya masyarakat sudah maklum dengan kesan daripada tabiat itu. Amat menggerunkan. Tapi tidak apabila ia tak terjadi pada diri sendiri. Pelbagai kempen telah dijalankan, duit banyak dah buang..hasilnya? makin merisaukan. Dimana silapnya? Bagi saya, sebabnya ialah kurangnya penglibatan yang bersungguh pihak majlis agama. Bayangkan hanya 3 negeri sahaja yang telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok adalah haram. Itupun tidak dijelaskan tindakan selanjutnya bagi mereka yang bersalah. haaih. Saya sedih, kecewa dan geram. Tidak risaukah kita kalau nanti anak-anak saudara kita malahan anak-anak kita sendiri nanti terjebak dengan perkara seperti ini. Bermula dariapada merokok akhirnya, sama-sama kita eja D.A.D.A.H. Harapan supaya majlis agama lebih terbuka hati untuk telibat lebih aktif dalam perkara ini. Wallahua'lam.

5 comments:

azaHmaeL said...

saya= anti-smokers hahaha

pulasan007 said...

weh,ko ada blog....woohoooo

Sop said...

jadi ko stop ms tu sebab ko tanak penis ko sengsara la ek?

nuarasheeq said...

usop: aku x tau time tuh. skang baru aku tau. syukur. :p
miqdad: haah
azahmael: have we ever advise them to stop?

Faiz Shukri said...

eh, not pernah terjebak?

tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!