Thursday, March 26, 2009

3.2 MP Menjalankan Tugas..

Salam...

KL dari Tampin dengan bas. Lebih kurang 2 jam perjalanan. 3 daripada kami. Excited, melegakan dan mengharapkan. Perasaan bercampur baur. Excited- akhirnya meninggalkan Tampin, Melegakan- akhirnya meninggalkan Tampin, Mengharapkan- meninggalkan Tampin dengan takkan kembali lagi. Err apalah yang Tampin tu dah buat kat aku sampai macam ni aku harapkan. Kesian Tampin.

Atas bas..Chinese couple buat cerekarama pulak. Masing-masing nak tak nak kena tidur ataupun buat-buat tido.

Just before nak sampai Pudu ternampak ini di dinding bangunan depan CM. Iyah..senjata 3.2 MP Sony Ericsson segera di sambut. Klik..


Message sent to thousands of passers by.

Thursday, March 12, 2009

Kucing Buta

Salam...

Agak kabur sedikit memori dari minda ku. Tentang sekor kucing. Agak aneh juga aku tengok gaya berjalan kucing ni. Tak macam kucing-kucing lain aku selalu jumpa. Ia macam seakan teraba-teraba jalan di hadapannya sebelum meneruskan langkah. Butakah kucing ni? Hingga sampai di longkang yang agak lebar dan dalam. Aku yang tengah bejalan balik ke rumah terhenti dengan penuh rasa curiosity apa yang kucing ni akan buat. Agak lama ia berdiri di hujung jalan. Dan agak lama ia meraba-meraba sambil menghidu edge of longkang tu. Untuk apa yang ia hidu aku pun tak pasti

.... Tapi yang pasti.. ia telah melompat to the other side!

Sungguh menghairankan bagaimana ia dengan keadaanya yang BUTA berjaya melompat melepasi longkang yang besar hanya dengan meraba dan menghidu hujung longkang atau mungkin dari perspektif si kucing, lurah yang dalam. Masya Allah. Walaupun aku masih berhingus pada waktu tu. humm kejap (Owh Aku aku selsema time tu) hehe. Tetapi kagum, kagum dengan pencipta si kucing bukan setakat mencipta malahan menuntun dan memandu nya menjalani hidup yang begitu besar fizikalnya di mata kita apatah lagi di matanya jika ia celik. Allah yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana dalam melengkapkan makhluk ciptaannya sesuai dengan keadaannya. humm Hairan mengapa tiba-tiba memori melepasi waktu mengingatkan aku kepada ia


Kucing yang buta pun Allah sudah memimpin hidupnya apatah lagi manusia yang celik jika ia benar-benar celik

"Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatan Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya di hari qiamat dalam keadaan BUTA" Thaha:124

Tuesday, March 10, 2009

Counter Boredom

Dah masuk minggu ke-3 posting community di Tampin ni. Dan belum sekali pun aku habiskan hari minggu di sini. Takut, seram, misteri apakah yang menanti di hari minggu. Sedangkan hari-hari biasa pun dah ribuan kali kalau tak jutaan perkataan 'boring' terkeluar dari mulut bro Awe inikan pula hari minggu. Separuh daripada kami, bros balik rumah masing-masing yang tinggal hanya lagi separuh. Panglima yang berani melawan persaan 'itu'. hehe.

Hasilnya.....
Awe dengan pet nya

Nyam2 masing2 tak sabar nak merasa

Apos tolong kipas yang sebelah tu tolong tengok? hehe