Thursday, March 12, 2009

Kucing Buta

Salam...

Agak kabur sedikit memori dari minda ku. Tentang sekor kucing. Agak aneh juga aku tengok gaya berjalan kucing ni. Tak macam kucing-kucing lain aku selalu jumpa. Ia macam seakan teraba-teraba jalan di hadapannya sebelum meneruskan langkah. Butakah kucing ni? Hingga sampai di longkang yang agak lebar dan dalam. Aku yang tengah bejalan balik ke rumah terhenti dengan penuh rasa curiosity apa yang kucing ni akan buat. Agak lama ia berdiri di hujung jalan. Dan agak lama ia meraba-meraba sambil menghidu edge of longkang tu. Untuk apa yang ia hidu aku pun tak pasti

.... Tapi yang pasti.. ia telah melompat to the other side!

Sungguh menghairankan bagaimana ia dengan keadaanya yang BUTA berjaya melompat melepasi longkang yang besar hanya dengan meraba dan menghidu hujung longkang atau mungkin dari perspektif si kucing, lurah yang dalam. Masya Allah. Walaupun aku masih berhingus pada waktu tu. humm kejap (Owh Aku aku selsema time tu) hehe. Tetapi kagum, kagum dengan pencipta si kucing bukan setakat mencipta malahan menuntun dan memandu nya menjalani hidup yang begitu besar fizikalnya di mata kita apatah lagi di matanya jika ia celik. Allah yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana dalam melengkapkan makhluk ciptaannya sesuai dengan keadaannya. humm Hairan mengapa tiba-tiba memori melepasi waktu mengingatkan aku kepada ia


Kucing yang buta pun Allah sudah memimpin hidupnya apatah lagi manusia yang celik jika ia benar-benar celik

"Dan sesiapa yang berpaling daripada peringatan Aku maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan menghimpunkannya di hari qiamat dalam keadaan BUTA" Thaha:124

8 comments:

Jamil said...

Lagi okay kot jadi kucing yang buta daripada jadi manusia yang buta hati kalau macam tu

Sop said...

sure ke kucing tu buta? dan bukan hanya kabur2 mata?

nuarasheeq said...

lupe plak nk interview kucing tu. kot2 ade kencing manis

Jamil said...

nak interview kucing tu, dia memenuhi kriteria untuk masuk sample population kita ke? ehek

Faiz Shukri said...

buta mata takpe. jangan buta hati.;]

nuarasheeq said...

cok ko nye gulp x abes n tetumpah atas lantai. rase cam nak salahkan ko je. buleh tak?

Unwitting Self said...

Teringat lak nasyid 'buta mata tak nampak jalan di dunia...'

Jamil said...

Udah2 la cerita kucing buta tu. blog kosong apa cerita lak?