Thursday, September 3, 2009

Sakai....

salam...

Ish dekat 2 bulan jugak takde entry baru dari blog ni. Dan dah 2 posting belalu sambil blog ni tak terupdate-update. Dua kemungkinan lagi di sini.

1. aku malas
2. aku buat-buat sibuk

Masalahnya both are true. aduhailah.

Anyway brief summary ape yang aku dah lalui. Posting paeds and family med dah lepas. Now posting sakai. Boleh dikatakan dramatik jugek paeds aku. Tu apa yang member-member seangkatan mensuasanakan keadaan. Tapi pada aku lebih kepada haru dan biru nak dekat-dekat hitam dan pitam. Lecturer yang paling kami nak elak sangat tulah jadi examinerku. Nak jadi lepat pisang time tu pun dah tak guna dah dan sememangnya tak berguna. Dah gelabah sangat..luah aje perasaan kat examiner. haha. Kemudian temangu-mangu sorang diri sambil tunggu short case. Tak apalah yang dah lepas tu lepas lah. Pass jugak. Syukur.

Dah masuk clinical phase ni makin jarang pergi fakulti. Tapi bila di fakulti terasa lucu pula lihat gelagat tak kira student mahupun staff fakulti dalam elevator. Sebelum tu nak puji sikit sifat elevator di fakulti. Laju....laju gile buat anda rasa gementar when it goes down. Acap kali terasa macam di sunway lagoon theme park. wohoho. But sometimes worry the cable would break as it makes sounds like crepitations when it reached groud floor. After quite some time you get used to it. Berbalik kepada gelagat mereka tadi. Elevator dah tak se pick up dulu. Ambil masa dekat seminit untuk bergerak. Dalam pada tu macam-macam lah aksi mereka. Kebanyakannya mengehenjut-henjut, dengan harapan dapat bagi impulse supaya elevator tu sedar akan kelembapannya dan betindak secepat mungkin. Ada jugak yang lihat jam. Timing bila elvator akan begerak. Ade jugak yang menunggu dengan taat dan patuh. Apa pun elevator nih tetap lembap dengan timing yang berbeza-beza. Kadang-kadang cepat sikit dari biasa. Tapi kebanyakan masa...lembap. eh Astaghfirullah termengumpat elevator pulak time bulan pose ni. ish.

Di bulan Ramadhan nak ambil kesempatan sekejap untuk pesan memesan. Oleh kerana Allah Taal dah berpesan dari awal bahawa taqwa itu hasil ramadhan. Maka bengonglah kita kalau masih ambil tak endah untuk berusaha ke arah itu. Di waktu ini sahajalah kita hanya berperang dengan nafsu tanpa pakwe dia Syaitan. Haruslah kita mengambil peluang yang terbuka luas untuk tambahkan darjat ketaqwaan sehingga capai taqwa yang sebenar-benar taqwa. Rasulullah pernah berpesan lebih kurang, "celakalah bagi mereka yang dalam bulan Ramadhan masih di humban ke neraka". Oleh itu sidang pembaca sekalian, janganlah biarkan diri tergolong di antara yang di laknat. Taqwa itulah tujuan kita.

Salam ramadhan. (dah masuk 2nd half ramadhan dah pun)




2 comments:

azaHmaeL said...

ishh kesian lift tu

nuarasheeq said...

lift tuh sopan je cume die lembap skit. heh2