Saturday, June 27, 2009

Aku Terima Nikahnya

"Eh To' nape tak pinjam je kereta aku gi amik adik ko kat LCCT?", dengan perasaan aneh aku tanye Dato'

Owh. Name sebenar dia Ikhwan Jabilin, tapi kami panggil Dato' sebab memang ada gaya persis dengan bertitle Dato'.

"Kan ko ade hal, ko kate nak gi somewhere", balas Dato' tanpa ekspresi muka tapi aku faham dia pun berasa aneh dengan pertanyaan aku.

Aduss. Apa ye yang aku sepatutnya kena buat hari ni? Memang aku dah ada hal hari ni yang buatkan aku tak dapat nak pinjamkan kereta aku kat Dato', tapi aku sendiri pun dah lost, panik dan gelabah (memang bersifat begitu sejak azali). Terus online menanya Ain, member SMKA dulu-dulu.

"Mane ade member kite kawen, ke ko yang kawen?" Buat lawak tak kena masa pula si minah itu.

"Baba, ade member kite kawen ke ari ni?" Baba member SMKJ3 yang masih rapat.

They all denied my enquiries. humm. Makin gelabah. Terasa bersalah dengan Dato', terpaksa pergi ambil adik 'beliau' di LCCT dengan public transport.

Saved message, entah kenapa berinisiatif buka folder tu dalam handset.

"Ya Allah Athiq kawen rupanya!"

Dah lama tak dengar khabar member-member DQ. Rindu serindu-rindunya nak jumpa korang. Itulah, sapa suruh mengade sangat mintak keluar UIA dulu. Kan dah tinggal sorang2 kat sini. Anyhow Athiq salah sorang member DQ yang sekelas. dengan aku Terkenal dengan datang lewat, mata bengkak (menghafal kot), tapi tak hantar2 juga kat Ustaz. Pun begitu dia tetap menyenangkan hati mereka di sekeliling dengan sifat riang ria di hari raya nya. Owh, si Kedah yang pekat, kelat dengan loghat Kedahnya. Hari ni dia telah mendahului kami, dirikan masjid. Aku sangat JELES sama kamu! Owh..sempat juga aku datang walimah enta kan. Yeah. Congrats Athiq (Jordan) n Maryam (UIA Kuantan)


Yazid aka sibawayh, wife n Bashir (si baby) with newly wed couple


Faizuddin, Nuar, Athiq, Maryam, Pak Chan, Yazid (sibawayh) n Shafiq




Tuesday, June 23, 2009

Dialah segalanya

"Mesti Mummy rase sunyi sekarang kan? Semua anak2 mummy dah besar", Tanye si anak

"Yalah nak buat macam mana.." Jawab si Mummy

Begenang kelopak mata si anak tadi. Begenang dengan kesunyian ibu yang suatu masa dahulu tak menang tangan melayan kerenah anak2 yang buas. Sibuk mulut mengomel anak2 yang tak berapa nak faham arahan beliau, atau saja tak nak faham. Tangan itu yang menyuapkan nasi dengan ikan masak kicap, Tangan itu yang membasuh, menyidai, menggosok baju. Memasak dengan masakan yang "the best in the world" phrase yang mummy suka sangat guna untuk pujuk si anak merasa masakan beliau. Mengurut kaki yang terseliuh si anak. Bangun di tengah malam menadah kedua belah tangan pohonkan kebahagiaan dan kejayaan anak2 dunia juga akhirat. Mengajar Iqra dan Quran di siang hari memastikan anak2 betul sebutan dan makhraj.

Pun begitu beliau ceria. Ceria kerana inilah anak2nya. Merekalah penyejuk mata dan hati. Mereka pengubat kesunyian... merekalah segala-segalanya. Sekarang anak2 dah besar, panjang dan lebar (sesetengahnya). Dah punya teman untuk tinggal berjauhan membahagiakan diri. Dah punya komitmen untuk kerjaya. Mungkin juga selalu melupakan mummy di rumah. Sedang mummy tak pernah lupakan cahaya penyejuk mata dan hati beliau.

"Kenapa boleh tumpah gula mummy?" bertanya si anak, hairan mummy nya tertumpah gula semasa mencedok dari bekas ke tea pot. Kerana tak nampak macam mummy yang biasa.

"Mummy dah tak macam dulu, mummy dah tak sihat macam dulu,"

Sekali lagi begenang kelopak mata si anak. Owh mummy banyaknya korban mummy. Apalah sangat korban si anak terhadap mummy. Tak terbanding dan terkira dengan pengorbanan mummy. Kami lah yang banyak membebankan mummy. Kerana kamilah mummy selalu sakit badan, demam dan tak segar (bahasa kelantan).

Temanlah mummy selalu sebab mummy sunyi, mummy perlukan teman penyejuk mata dan hati. InsyaAllah. Rayu si anak terhadap dirinya.



Tuesday, June 9, 2009

Sori Mak Cik!!

"Balik ke doktor?" Sorang student Ampang Medikal sapa sorang HO. Saja buat-buat mesra. hoho

Jam masa tu lebih kurang pukul 5 lebih. Si student perasan rajin baca buku kat kaunter BHT tapi sebenarnya dia bosan nak balik asrama dan bosan tak tahu nak buat apa. Jadi perasan sorang2 rajin.

Sambil menuju ke pintu keluar dalam masa yang sama menoleh ke arah si student lalu membalas HO itu..

"Ha'ah, kamu on call ke?" Dengan nada perli

*kepush*

Bunyi botol air jatuh atas lantai. Habis melimpah air. HO tu beredar dengan sangkaan yang paling baik. adeh. Maybe dia rasa selain dari botol tanpa ada air yang jatuh kot.

Balik je mak cik guard tu abis merah padam muka bila perasan air melimpah. Bukan sebab air minum dia tumpah, tapi habis beg dia basah kuyup.

Ke sana ke mari entah apa motif dia, sapa sorang student ni,

"Ade ape mak cik?"

Student yang sama lihat botol tadi jatuh atas lantai, melimpah air mebasahkan beg mak cik tadi, student yang sama itu jugaklah yang buat-buat bengong dan tak tahu, menanya mak cik tadi. ohhh.

Dilema

Student tu dilema akan 2 pekara penting:

1) kalau dia beritahu kat mak cik tadi, HO tu yang buat. Macam mana agaknya reaksi mak cik tu kat HO setiap kali diorang berjumpa? "Selamat pagi Dr yang tumpahkan air saya" Besalahnya student tu pada keruhkan hubungan Dr ngan guard pula. Adeh
2) kalau dia tak beritahu selamatlah Dr tu. Dan selamatlah hubungan guard tu ngan si Dr. Besalahnya pada menyimpan kebenaran pulak. Adeh

Maka petang yang tak benasib baik tu dia telah pilih yang no2. Dan dia sorang2 hidup dalam rasa bersalah. Sori makcik!






Monday, June 8, 2009

Yakinlah Dosa pasti Diampuni

Allah Taala ciptakan manusia dan melebihkan ia daripada segala makhluk lain ciptaan Dia. Namun disertakan bersama ia sifat lemah. Lemah dengan ujian yang sentiasa melanda nya. Keadaan lalai dan alpa sentiasa lebih daripada keadaan khusyuk dan zikr. Dalam mentaati perintah Allah pun kita lupa dengan siapa yang di hadapan kita. Sengaja Allah uji, hanya untuk nak ambil tahu betulkah hamba Dia ni beriman dengan iman yang hak atau iman yang macam eskem...Dan tak sedikit yang beriman cam eskem (temasuklah aku yang perasan beriman) adeh.

Ambil ringan terhadap perkara yang sebenarnya berat di sisi Allah. Ambil berat perkara yang Allah sendiri mengutuk siapa yang terkesan dengannya. Jahil terhadap hak yang sepatutnya ditunaikan dengan sepenuh hati. Arif dengan perkara yang Allah larang kita sibuk untuk ambil tahu. Boros terhadap perkara yang ada kaitan dengannya. Bakhil dengan perkara yang bermanfaat untuk orang selainnya. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa, ibu bapa terhadap anak, jiran tetangga, sahabat handai, guru-guru, ilmu dituntut, orang disebelah kita, yang di depan kita mahupun yang jauh tak sampai pada lapangan penglihatan kita. Lebih berat daripada tu arifkah kita dengan hak-hak mereka ke atas kita. Tak terhitung dek jari yang membilang, kalkulator yang menghisab, mustahil untuk ditunaikan sepenuhnya.

"Apakah hak Allah terhadap hambanya? tanya nabi dan dijawab sendiri, iaitu kamu menghambakan diri padaNya dan tidak mensyarikatkanNya"

Sudahkah kita hambakan diri dengan sifat perhambaan yang sepatutnya? Adakah dalam hati kita wujud sifat mensyarikatkan Allah dengan yang lain? Ya Allah aku pun tak dapat bagi kepastian. Sudah pastinya tak tercapai untuk menjawab.

Maka taubatlah. Aku, ko dan korang. Bermula dengan menyesal apa yang telah dilakukan, Azam untuk tak nak ulangi dan semaikan sifat benci terhadap perbuatan yang lalu.

Tapi bagi aku macam mana nak hadir dulu sifat menyesal kalau tak tahu apa salah kita. Kat sinilah muhasabah datang tundukkan nafsu bongkak angkuh membinasakan diri yang aku, ko dan korang kena buat. Tak kira berjemaah mahupun bersendirian, terpulang. Tapi muhasabah jangan ditinggalkan. Post mortem lah diri kita. Kerat lah 360 sendi kita asalkan nafsu yang meninggi jatuh tersungkur tersembam kembali ke bumi.

Pujuk Allah terhadap kita:

"wahai orang yang beriman, bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha. Moga Tuhan kamu menghapuskan dosa kamu,dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai pada hari Allah tidak menghinakan Nabi s.a.w dan orang yang beriman bersamanya...."

Yakinlah Dosa pasti Diampuni

Monday, June 1, 2009

Jangan Jadi Macam Saya

Abes je sesi pagi kat hospital, terus amik kunci, start engine and off to JPJ untuk renew lesen. Kali ni disusahkan sikit sebab lesen aku yang ada gambar tu hilang, jadi kene denda RM20 baru boleh wat lesen baru. Takpelah tak kisah. Tak kisah sebab dah pun drive sampai ke kelantan 2 kali dan Ganu sekali. Ngeh2.

Abis renew balik terus ke Ampang. Singgah kejap kat 7E basahkan tekak. 

"Eh duit sape ni, ha kalau takde orang punye pak cik amik je," tiba2 sorang pak cik macam nak buat lawak belakang aku tapi cam takdelah lawak sangat. 

Nak bagi tau orang depan dia terjatuh duit 2 inggit time nak bayar. Aku pun terima kasih kat dia dan bayar jus penghilang haus. Lepas aku bayar pak cik tu pulak pegi depan order rokok Camel. 

"Ha letak lah gambar apa-apa pun kat depan tu. Pak cik takkan berhenti punya. Biarlah masuk spital ke kene operate ke pak cik takkan berhenti punye," dengan gaya agak tak berapa matang dia berseloroh.

Selain daripada menaikkan tax rokok, kerajaan juga mengambil tindakan alternatif dengan meletakkan gambar-gambar komplikasi daripada merokok pada kotak rokok dengan harapan untuk perokok berhenti.  Kat paper  semalam sempena tobacco day sedunia dikemukakan sekali statistik penurunan trend merokok bagi mengukuhkan lagi tujuan menampal gambar yang agak menyeramkan. 

...Dan ari ni pula aku jumpa seorang yang akan contribute kepada statistik kegagalan usaha tersebut. 

"Kamu merokok? ha tak payahlah. Nanti kalau dah mula..takkan stop dah. Jangan jadi macam pak cik," wasiat terakhir si pak cik kat aku, lalu beredar. 

Pak cik tuh cool. Eventhough mungkin dah putus asa kat diri sendiri tapi jiwa mendidik yang ada wat aku rase kagum kat si pak cik yang begaya. Cuba bayangkan kalau semua kita ada jiwa dan semangat yang sama. Bukan ke lebih mudah untuk sampaikan mesej kat khalayak. Jiwa yang mendidik akan melahirkan jiwa yang terdidik. Pendidik sering diswastakan kepada cikgu. Berapa banyaklah masa yang cikgu habiskan kat student kemudian dibahagikan kepada 40 orang satu kelas. Tak ke letih cikgu nak mendidik, tak ke haus student untuk terdidik. Dan bila student tak terdidik maka tak sedikitlah jari telunjuk dan jari bukan telunjuk pun di tuju kat kat cikgu-cikgu. Kesian...

Maka jiwa pendidik harus di awamkan. Dan usaha untuk mengawamkannya harus bermula dari diri, seterusnya keluarga, negara dan ummah. Semua orang mampu untuk mendidik, mengajak dan menasihat. Buktinya azan. Semua orang mampu untuk azan panggil orang ramai kepada solat. Maka kenapa beri alasan tak mampu. Sebenarnye dia telah merendahkan dirinya. Yang minum arak pun mampu menasihat

"Janganlah jadi macam saya," paling-paling tidak!

Kita hanyalah manusia biasa, berhak untuk dididik dan sentiasalah membuka jiwa untuk terdidik.