Tuesday, June 23, 2009

Dialah segalanya

"Mesti Mummy rase sunyi sekarang kan? Semua anak2 mummy dah besar", Tanye si anak

"Yalah nak buat macam mana.." Jawab si Mummy

Begenang kelopak mata si anak tadi. Begenang dengan kesunyian ibu yang suatu masa dahulu tak menang tangan melayan kerenah anak2 yang buas. Sibuk mulut mengomel anak2 yang tak berapa nak faham arahan beliau, atau saja tak nak faham. Tangan itu yang menyuapkan nasi dengan ikan masak kicap, Tangan itu yang membasuh, menyidai, menggosok baju. Memasak dengan masakan yang "the best in the world" phrase yang mummy suka sangat guna untuk pujuk si anak merasa masakan beliau. Mengurut kaki yang terseliuh si anak. Bangun di tengah malam menadah kedua belah tangan pohonkan kebahagiaan dan kejayaan anak2 dunia juga akhirat. Mengajar Iqra dan Quran di siang hari memastikan anak2 betul sebutan dan makhraj.

Pun begitu beliau ceria. Ceria kerana inilah anak2nya. Merekalah penyejuk mata dan hati. Mereka pengubat kesunyian... merekalah segala-segalanya. Sekarang anak2 dah besar, panjang dan lebar (sesetengahnya). Dah punya teman untuk tinggal berjauhan membahagiakan diri. Dah punya komitmen untuk kerjaya. Mungkin juga selalu melupakan mummy di rumah. Sedang mummy tak pernah lupakan cahaya penyejuk mata dan hati beliau.

"Kenapa boleh tumpah gula mummy?" bertanya si anak, hairan mummy nya tertumpah gula semasa mencedok dari bekas ke tea pot. Kerana tak nampak macam mummy yang biasa.

"Mummy dah tak macam dulu, mummy dah tak sihat macam dulu,"

Sekali lagi begenang kelopak mata si anak. Owh mummy banyaknya korban mummy. Apalah sangat korban si anak terhadap mummy. Tak terbanding dan terkira dengan pengorbanan mummy. Kami lah yang banyak membebankan mummy. Kerana kamilah mummy selalu sakit badan, demam dan tak segar (bahasa kelantan).

Temanlah mummy selalu sebab mummy sunyi, mummy perlukan teman penyejuk mata dan hati. InsyaAllah. Rayu si anak terhadap dirinya.



3 comments:

azaHmaeL said...

urahet nad hutnesret

nuarasheeq said...

saye tak pandai berayat keliling2 pantai, golek2 kat bukit berbunge2 hindustan. mummy tetap saya sayang. she's the best person in my life. tak penah lak cakap camtuh kat depan mummy. adeh. insyaAllah

Jamil said...

baik cakap sebelum hilang peluang tu