Tuesday, February 8, 2011

Apa hak kamu ke atas aku?

Assalamualaikum

Apakah hak seorang muslim ke atas kita? Asasnya inilah yang the least kita perlu buat untuk tunaikan hak kawan kita atau pun yang tak kita kenal.

Untuk itu baginda nabi kita S.A.W telah beri kita guideline:

Daripada Abu Hurairah disebutkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam; jika engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; jika ia mengundangmu, penuhilah; jika ia meminta nasihat kepadamu, berilah nasihat; jika ia bersin dan mengucapkan hamdalah, doakanlah agar Allah curahkan rahmat kepadanyaa (yarhamkumullah); jika ia jatuh sakit, ziarahilah ia; dan jika ia meninggal, iringlah jenazahnya” HR Muslim

Berkenaan salam. Salam merupakan tanda penghormatan Allah kepada Rasulnya dan juga sesama ahli syurga. Inilah ucapan yang di redhai Allah untuk digunakan oleh kita para hambanya.

“Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin) pada hari mereka menemuiNya adalah salam” al ahzab:44

Menara Masjid WP

Salam di sini merujuk kepada Assalamualaikum. Dr Aidh Al Qarni mengatakan tidak ada salam lain yang boleh menggantikan salam penghormatan islam yang di redhai Allah melainkan salam ini. Be it selamat pagi, selamat petang, haihai baibai, mahupun salam 1 Malaysia sekalipun. Apa-apa yang diucapkan selain daripada salam ini maka tidak diridhai Allah dan tidak mendapat ganjaran disisi Nya. Ini lah salam yang syar’i dan sesuai dengan sunnah rasulullah.

Nota insaf:

Adab-adab salam dan seterusnya insyaAllah aku akan jelaskan nanti. Untuk sharing semata-mata apa yang aku bace dalam buku ni Pesona Cinta karangan Dr Aidh Al Qarni. Sebagai tanda keinsafan dah pun aku tukar Salam dengan Assalamualaikum kat intro entry ni. J yang penting amal.

No comments: