Bayang kan Allah taala berbisik kat kita…
“wahai hambaku…inilah kisah yang terbaik yang engkau tak pernah dengar sebelum ini dan takkan engkau dengar selepas ini”
Ahsanal qasas…maksudnya kisah yang terbaik. Tengoklah bagaimana Allah taala nak tarik perhatian kita seolah-olah Dia nak beritahu…”Aku nak ceritakan satu cerita, kamu dengar betul-betul, baca dengan teliti, fikir elok-elok dan ambil iktibar dan pengajaran semaksima yang mungkin”. Dan inilah juga surah yang Allah taala ceritakan dan susun plotnya tersangat rapi yang tiada dalam surah lain.
Nabi yusuf a.s mengalami suatu mimpi yang menarik dan satu-satunya yang beliau percaya untuk diceritakan pastilah ayahanda beliau. Maka diceritakan mimpi nya melihat 11 bintang, matahari dan bulan sujud pada yusuf. Yaakub a.s (ayahanda) tahu bahawa inilah tanda anaknya akan dipilih menjadi rasul kelak dan juga perihal saudara-saudaranya yang lain yang membenci Yusuf, maka dinasihatkan jangan diberitahu hal ini kepada mereka.
Encik Syaitan pula meniup bisikan merosakkan kepada saudaranya supaya timbul hasad dan dengki dalam diri mereka dan berkata sesama mereka:-
“…Yusuf dan saudara kandungnya (bunyamin) lebih dicintai ayah berbanding kita…” yusuf: 8
Mereka berkonspirasi dan setelah selesai berbincang kata putus nya :-
“kita campakkan dia ke dalam perigi! Nanti akan dipungut orang musafir”
Dipujuk ayah mereka untuk di bawa yusuf bermain diluar dengan rakaman yang luar biasa. Jika dilihat pada ayat 11 terdapat symbol berbentuk diamond atas satu perkataan. Bacaan sebenar “la ta’manuna”. Tetapi secara tajwidnya dibaca “la ta’manna” dengan dimuncung kan bibir seolah-olah tanda mencebik untuk menipu Yaaqub a.s.
Berjayalah mereka mendapat izin dan sewaktu bermain diluar dicampakkan Yusuf ke dalam perigi dan dibiarkan begitu sahaja tanpa belas dan kasihan. Entah berapa dalamlah perigi tersebut. Perigi di Negara arab..pastinya dalam tak terjangkau pandangan kita.
Sementara Yusuf kesorangan dibiarkan di dalam perigi, mereka pulang dengan bersama mereka penipuan yang menjengkelkan…ditunjukkan baju Yusuf bersama darah serigala dan mengatakan itulah darah Yusuf.
Ayah mana yang tak sayangkan anak. Apatah lagi Yusuf adalah anak yang paling disayangi beliau. Setelah di ceritakan pula mimpi yang menggembirakan Yaaqub (tanda kerasulan Yusuf) luluh hati beliau dengan kabar berita yang langsung tak disangka-sangka. (aku tak ada anak…mereka yang ada anak pasti dapat faham lebih dalam perasaan Yaaqub kalau baca ayat ni).
Yaaqub yakin benar dengan janji Allah taala. JanjiNya pasti dan pasti akan tertunai. Tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya sabar dan dengan Allah sahaja diminta pertolongan.
“….fasabrun jamil (maka bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya) dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan, mengenai apa yang kamu katakan itu” Yusuf: 18
Berkenaan dengan ini teringat pula pesan Allah kat kita dalam ayat lain
“wahai orang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar” albaqarah; 153
Tidak ada contoh terbaik bagi kita dalam perkara ini melainkan Rasulullah s.a.w dan sahabat r.anhum. “Derita” adalah sebahagian daripada darah daging mereka. “Sabar” pula jantung mereka. Yatim piatu diusia sangat muda. Tak sempat kenal pun ayah, Aminah pula meninggal ketika umur 4 tahun. Di waktu sangat memerlukanlah Abdul Mutalib dan Khadijah tinggalkan baginda dalam jarak masa yang sangat dekat. Abu talib pula pak cik yang tersangatlah melindungi nya tinggalkan dunia dalam dakapan baginda sedang La ilaha illallah tak pernah terucap di bibir.
Berikan sebab mengapa Rasulullah kita tidak layak mendapat darjat kekasih Allah. Ciptaan Allah yang paling dekat duduknya dengan Allah. Dan kita pula adalah umatnya.
Harap-harap dapat disambung dengan kisah seterusnya...
Yusuf itu manusia biasa yang luar biasa...
dan tak lupa adab-adab salam.
No comments:
Post a Comment