Friday, February 11, 2011

Apakah hak kamu ke atas aku lagi

Assalamualaikum

Sambungan daripada entri yang lepas…jom kita buat revsion. Sebelum ni dah diterangkan assalamualaikum adalah satu-satunya salam penghormatan dalam Islam.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Muqotil bin Hibban ia berkata, “pada masa jahiliyyah dulu mereka biasa mengucapkan huyyita masa’an (selamat petang) dan huyyita sobahan (selamat pagi), lalu Allah menggantinya dengan salam” Fathul Bari.

Jadi setiap kita muslim harus jadikan bentuk salam yang agung ini sebagai penghormatan utama terhadap muslim lainnya dan sesuai dengan sunnah Rasulullah.

Allah taala berfirman:

“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa, sesungguhnya Allah perhitung segala sesuatu” (An nisaa:86)

Maksudnya kalau kawan kita cakap assalamualaikum…maka kita replylah waalaikumussalam warahmatullah. Paling paling pun yang sepadan dengannya. Ada pahemm? Paham cikgu.

Masjid WP

Kepada siapa kita bagi salam?

Nabi ada bersabda

Daripada Abdullah bin Umar meriwayatkan ada seorang bertanya kepada nabi SAW “Amalan Islam macam mana yang terbaik?”

Nabi balas, “Engkau beri makan dan engkau ucap salam kepada orang yang sudah mahupun belum engkau kenal” Bukhari dan Muslim.

Part ni kita tahu tapi malangnya kita tak berapa nak tahu amal sangat. Beri salam bukan pada yang kita kenal sahaja malahan yang kita tak kenal sekali pun kita tunduk hormat dan dengan kasihnya kita bagi salam. Seperti mana yang dah di terang sebelum ini. Amalan beri salam adalah amalan penduduk syurga. Maka kita yang perasan ahli syurga ni rajin-rajinlah praktis sekarang. Tak adalah kekok mana bila sampai ke syurga nanti nak beri salam. Eh.

Bersambung…. Yang penting apa adik-adiiik? Amal. Bagusss. J

No comments: