Wednesday, April 20, 2011

Hiiiyakkk!

Ehem assalamualaikum..

Sila berusaha...



Everyone seemed happy cramped up in the quarantine room. Adeh


Thanx adek AJ for the gud luck cupcakes. Ngap --> tido --> x study. hee

It's damn cold out there. Keeping the brain warm would be the biggest challenge for me. Erk. InsyaAllah I can do this.

Saturday, April 9, 2011

She's the one I only adore

Asslamualaikum..

Baru dapat tahu maid kat umah got pregnant. How in the hell that happened? I just don't wanna knoww and mami dengan rela hati nya lepaskan dia. That's not my biggest worry tho.

My mom.. she's just a perfectionist. Even a single hair on the floor would drive her unusually mad and wouldn't sit until it's removed from her visual field. As a result? Tertidur atas mana-mana katil sakit-sakit badan, demam-demam mengemas umah.

"Take it easyla mami"..lost count of how many has been said to her just by any one!

Praying hard she won't push her ownself. Couldn't accompany her...exam is just 2 weeks shy from now. Aduh

"Wahai Tuhan yang di tangan engkau segala penawar sihat afiatkanlah beliau... mamiku"


Friday, April 1, 2011

Lagu ini lagu kamu


Oh~~

Layankan saja...

Selamat tinggal untuk sementara

Assalamualaikum

Dengan berakhir nya ujian akhir hafazan tadi, maka tamatlah sudah pengajian hafazan kami di USIM terchinta. Heh. Setiap tahun pengajian punyai silibes masing-masing untuk di habiskan atau juga lebih dikenali dengan ‘muqarrar’. Contoh nya tahun 1 – juz 30, tahun 2 juz – 29, tahun 3 – juz 28 dan tahun 4 hingga 6 – surah-surah pilihan. Jika di jumlah kan semuanya adalah dekat 5 juzuk ada di kepala. Wow. Berat lah kot kepale ni. Sebab tu lah kami kat sini muka jernih-jernih belaka kot. Suci dalam debu…errr (bunyi cengkerik nyanyi).

Dari kiri: saya, ust nazri dan tak dikenali. err.

Sepanjang pengajian ni pun ustaz-ustaz kami bersilih ganti. Tapi yang paling ROCK sekali ustaz ni la kot. Anak dewa tuu. Err memang die anak dewa pun. Ustaz Nazri bin Dewa. Ngee. Always fun and entertaining whenever he opens his mouth. Memang tak pernah kering kot idea gila-gila dia. Tak kering gusi kami gelak kehkeh. Adoiii.

Bros..

Selamat tinggal kat ustaz tapi harap takdelah selamat tinggal kat hafazan jugak. Heh. Kepada kawan-kawan rajin-rajinlah bertasmi’ dengan member. Itu je the only way untuk maintain hafazan. Yang belum kemas sile tide up your hafazan. If not now then you will not find some other time. Percayalah. J

"Dan sesungguhnya telah kami mudahkan Alquran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran?" Al qamar-32

Owh ya. To my sis Yam. All the best in your MRCPCH exam!

Thursday, March 24, 2011

Nakal lah korang ni

Assalamualaikum

Our political scenario in the country is always paved with colourful stories. But for the wrong reason sadly. The latest one is a sex video whom the trio Dato’s claimed the person involved is non other than our always- the-victim ex deputy prime minister. So out of boredom I bought a newspaper today to know what’s the current progress. But something caught my attention…it’s this.

which one is which? heh.

Thanks to my colleague she suddenly noticed a very look alike face. The paper put 2 different columns next to each other. Wondering is it just a coincidence or it’s already planned. Heh

Here’s an equation that we are very familiar with unless we didn’t go to school. You don’t have to answer pun. heh

A looks like C

B looks like A

So B looks like?

Wednesday, March 23, 2011

Bubu

Assalamualaikum…

Ish ish ish kamu ni. Dah nak exam dapat pulak injury macam ni. Tapi ada orang lain sedia ambil berat sejuk kaki rasa. Kalau aku dah lama dah cari yang lain. eh. Wahah. Dalam botol btul. Get well soon lah anda. Jangan dapat injury time dekat-dekat nak exam ok anda semua.


Jatuh saham anda sekejap. wahah

Thursday, March 17, 2011

Is there any ilaah beside you Allah?

Asslamaualaikum...

I just want to share with you readers a talk given by an ulama from South Africa. He had once visited my hometown Bangi and gave a talk at our Masjjid Jamik al-Hasanah. Never get the chance to hear from him live. so I youtube him and managed to find several vids (err only voice heard..) of his talk. What catches my attention is how fluent he is with Quranic verses and hadiths that he can just picks them like they are opened in front of him! And another point is how precise he is with facts...scientific facts and relate them with the greatness of non other than god almighty.

Have a listen..er watch er whichever you prefer to call ----> Maulana Ahmad Sulaiman Khatani


Saturday, March 12, 2011

Habis muncung mulut ala sinyu tiup asap fuh fuh

Assalamualaikum

Satu tabiat yang sangat peningkan kepala otak semua pihak sekarang adalah MEROKOK. Telah terbukti bahaya penyakit yang mungkin dihidapi kesan daripada merokok tapi the trend is keep on rising. Kajian menunjukkan pada tahun 2000 peratusan perokok lelaki adalah 50% (maknanya 1 daripada 2 orang lelaki merokok) manakala tahun 2005 menunjukkan sedikit kemajuan dalam kancah merokok dengan peningkatan sebanyak 10% iaitu 60%....err. you get what I mean.

Tapi apa yang lebih membimbangkan adalah trend merokok dikalangan wanita! Dengan daripada 4% sahaja pada tahun 2000….telah meningkat kepada 30%! Kalu dulu pompuan-pompuan sibuk dengan letakkan kriteria pakwe/calon suami “tidak merokok!” kali ini lelaki pulak mencontohi mereka dengan kriteria tersebut. Aku tak nak calon isteri aku merokok! Amat lah huduh yang sangat (ayat keling) pompuan bergaya ala-ala Gaya.Mutu.Keunggulan mentiup-tiup asap kat depan pakwe die yang muke selenge tu.


See what she is holding? yap (cuma tak nampak asap)

I don’t think they know how smoking could take away the protective effect of oestrogen hormone to their body. especially the heart. jom seiring sejalan masuk kubur dengan kitorang lelaki. :)

Sunday, March 6, 2011

FMeD prevails!

Assalamualaikum

Yeah you have to believe it. Lawan FSU tuuu beb. Lagging 1 nil in the first half we went into the pitch with more composure (lepas abes kene bantai ngan coach. adeh). Believe….that’s what united us all. And this evening we were 1. The never say die attitude made us keep on hanging in there. The final score? Yep it’s 2-1. Sempat sujud syukur tanda terima kasih pada Tuhan. Yeeyyyy. I have lost count how many times I said that word. Satisfying! He2. 2nd place already in our hands. Only 1 game left and there’s no other option except to win and hope that our close rival FEM stumble in the last game for us to win the league. Ameen.

Boo FSU!

And also this marks my last appearance for the faculty. It has been a joy and also stressful one sometimes (when we are on the other end. He2) to be involved with the team. I have seen how bad we were treated when we first entered inter faculty competition when we were Tamhidi (we were the first batch of Tamhidi medic). Rekod kene belasah 11-0 tu beb. Almost everybody involved in that team dengan dato (ikhwan) sekali main! Everybody looked down on us. Since then we were always the underdog team. And that gave us the advantage. People always take us lightly but we always perform beyond their expectations! Hambik kamu semua! Huh.

Mixed batches. 1st year till final year

Since our worst defeat in the history of USIM we never went anywhere else but going up. New batches and faces came in and they always give their all. Credit to them. Also to the coach En Azrul (dental staff) and our hardworking coordinator En Ishtiaq…I don’t have anything else to say but jutaan terima kasih kerana sudi membimbing kami! Gaye cakap macam dah menang liga plak. Hah2. No harm in dreaming right. He2

He's a hafiz quran...and he can score goals...er pe kaitan? he2

Saturday, March 5, 2011

Thrills without murmur

Assalamualaikum..

Within less than 2 months am going to have my final pro exam before can be called as doc (kuli). Heh. Not enough with that in mind I’m now stuck with my case report to be submitted tomorrow. Adeh. Last minute nye thrill and palpitation.. but no murmur. Hmm weird. J.

These are some of the pics I’m going to keep forever. The going-to-be docs. Should I meet them in the future I’ll be comparing them before and after HOs. Hah2

Awat hang duk retard sorang2 tuuu?

Pic ni tak tak berapa best tapi aku sukeee

Haa especially yang belah kiri ni. memang aku nak compare nanti. he2

P/s

1. I still believe in US

2. keep believing



Thursday, March 3, 2011

Ickle and Lardee! Ngap2

Assalamualaikum...

Here is a blog you wouldn't want to miss reading it...err not so much reading lah, just tickling and giggling yourself with the pictures. Telling stories with pictures is always effective and using some characters we never imagined before that it could be this cuteeee...it's super effective. Have a visit...don't shy shy. :)


Vroom Vroom..I'm fast and furious!



They are more creative than you can imagine!

Want more? You can play with them at this -----> site



Friday, February 25, 2011

Penjiwa

Assalamualaikum..


As what Cobb said in Inception:

As a person tells to the other,

"Don't think of an elephant"

then what will he do?

Yes he will think of an elephant. Same applied if you do that to yourself ....:(


Jumbo doing a blast!


Saturday, February 19, 2011

Temerloh datang lagi!

Assalamualaikum..

Am now doing my last posting before facing my biggest worry in my life so far…final professional exam. Ho2. In this posting we are divided into 3 groups. Each group have to go to temerloh for about 2 weeks and then we rotate between us. Long time haven’t been in Temerloh. As soon as we (my group) arrived there we were surprised by how super rapid the town has changed compared to our last visit. New buildings have stood up and jalan pun dibesarkan. But terselit jugak rase annoyed. Why? Because the addition of new lane to me seems not necessary. Tak adalah banyak kereta sangat pun that cars have to crawl like lipan pagi-pagi hari. And the most important thing is a tom yam restaurant where it’s our top of the list (1st choice) when comes to dinner has to close down their business to make way for the new lane. That restaurant….T.T. Each time we passed by the restaurant mesti bunyi suara-suara rungut termuntah keluar tak puas hati dengan jalan tu. Abu lah juaranya! He2. Haih letih dah kot merungut. Adeh.

We want our tom yam back!!

But still with those mulut-mulut busuk we really glad our cendol uncle are still there.

Uncle baik dengan Cendol 1st class!

Retro vs Modern....temerloh sekarang

Monday, February 14, 2011

Pahalawan!

Assalamualaikum

Tadi kami ada majlis bacaan yaasin dan tahlil bersama. Salah seorang member kami nak tunaikan nazar dia. Dah agak lama tak buat aktiviti berpahala bersama..asyik futsal je boring jugak. Haha. Sekarang kami nak jadi pahalawan pulak. J

Yaasin brothers. heh. Sisters on the other side

Bukhara Briyani Syed Bistro...1st class punya bungkusan. Menjilat jari kaki siap. Erk

Peace

Puas. Macam ni lah aku lebih kurang post prandially. hehe

Sunday, February 13, 2011

Psst…Inilah kisah yang terbaik!

Assalamualaikum

Bayang kan Allah taala berbisik kat kita…

wahai hambaku…inilah kisah yang terbaik yang engkau tak pernah dengar sebelum ini dan takkan engkau dengar selepas ini

Ahsanal qasas…maksudnya kisah yang terbaik. Tengoklah bagaimana Allah taala nak tarik perhatian kita seolah-olah Dia nak beritahu…”Aku nak ceritakan satu cerita, kamu dengar betul-betul, baca dengan teliti, fikir elok-elok dan ambil iktibar dan pengajaran semaksima yang mungkin”. Dan inilah juga surah yang Allah taala ceritakan dan susun plotnya tersangat rapi yang tiada dalam surah lain.

Nabi yusuf a.s mengalami suatu mimpi yang menarik dan satu-satunya yang beliau percaya untuk diceritakan pastilah ayahanda beliau. Maka diceritakan mimpi nya melihat 11 bintang, matahari dan bulan sujud pada yusuf. Yaakub a.s (ayahanda) tahu bahawa inilah tanda anaknya akan dipilih menjadi rasul kelak dan juga perihal saudara-saudaranya yang lain yang membenci Yusuf, maka dinasihatkan jangan diberitahu hal ini kepada mereka.

Encik Syaitan pula meniup bisikan merosakkan kepada saudaranya supaya timbul hasad dan dengki dalam diri mereka dan berkata sesama mereka:-

“…Yusuf dan saudara kandungnya (bunyamin) lebih dicintai ayah berbanding kita…” yusuf: 8

Mereka berkonspirasi dan setelah selesai berbincang kata putus nya :-

“kita campakkan dia ke dalam perigi! Nanti akan dipungut orang musafir”

Dipujuk ayah mereka untuk di bawa yusuf bermain diluar dengan rakaman yang luar biasa. Jika dilihat pada ayat 11 terdapat symbol berbentuk diamond atas satu perkataan. Bacaan sebenar “la ta’manuna”. Tetapi secara tajwidnya dibaca “la ta’manna” dengan dimuncung kan bibir seolah-olah tanda mencebik untuk menipu Yaaqub a.s.

Berjayalah mereka mendapat izin dan sewaktu bermain diluar dicampakkan Yusuf ke dalam perigi dan dibiarkan begitu sahaja tanpa belas dan kasihan. Entah berapa dalamlah perigi tersebut. Perigi di Negara arab..pastinya dalam tak terjangkau pandangan kita.

Sementara Yusuf kesorangan dibiarkan di dalam perigi, mereka pulang dengan bersama mereka penipuan yang menjengkelkan…ditunjukkan baju Yusuf bersama darah serigala dan mengatakan itulah darah Yusuf.

Ayah mana yang tak sayangkan anak. Apatah lagi Yusuf adalah anak yang paling disayangi beliau. Setelah di ceritakan pula mimpi yang menggembirakan Yaaqub (tanda kerasulan Yusuf) luluh hati beliau dengan kabar berita yang langsung tak disangka-sangka. (aku tak ada anak…mereka yang ada anak pasti dapat faham lebih dalam perasaan Yaaqub kalau baca ayat ni).

Terserah nak jadi pokok bunga ori ataupun palsu

Yaaqub yakin benar dengan janji Allah taala. JanjiNya pasti dan pasti akan tertunai. Tidak dapat berbuat apa-apa melainkan hanya sabar dan dengan Allah sahaja diminta pertolongan.

“….fasabrun jamil (maka bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya) dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan, mengenai apa yang kamu katakan itu Yusuf: 18

Berkenaan dengan ini teringat pula pesan Allah kat kita dalam ayat lain

“wahai orang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar” albaqarah; 153

Tidak ada contoh terbaik bagi kita dalam perkara ini melainkan Rasulullah s.a.w dan sahabat r.anhum. “Derita” adalah sebahagian daripada darah daging mereka. “Sabar” pula jantung mereka. Yatim piatu diusia sangat muda. Tak sempat kenal pun ayah, Aminah pula meninggal ketika umur 4 tahun. Di waktu sangat memerlukanlah Abdul Mutalib dan Khadijah tinggalkan baginda dalam jarak masa yang sangat dekat. Abu talib pula pak cik yang tersangatlah melindungi nya tinggalkan dunia dalam dakapan baginda sedang La ilaha illallah tak pernah terucap di bibir.

Berikan sebab mengapa Rasulullah kita tidak layak mendapat darjat kekasih Allah. Ciptaan Allah yang paling dekat duduknya dengan Allah. Dan kita pula adalah umatnya.

Harap-harap dapat disambung dengan kisah seterusnya...

Yusuf itu manusia biasa yang luar biasa...

dan tak lupa adab-adab salam.

Friday, February 11, 2011

Apakah hak kamu ke atas aku lagi

Assalamualaikum

Sambungan daripada entri yang lepas…jom kita buat revsion. Sebelum ni dah diterangkan assalamualaikum adalah satu-satunya salam penghormatan dalam Islam.

Ibnu Abi Hatim meriwayatkan daripada Muqotil bin Hibban ia berkata, “pada masa jahiliyyah dulu mereka biasa mengucapkan huyyita masa’an (selamat petang) dan huyyita sobahan (selamat pagi), lalu Allah menggantinya dengan salam” Fathul Bari.

Jadi setiap kita muslim harus jadikan bentuk salam yang agung ini sebagai penghormatan utama terhadap muslim lainnya dan sesuai dengan sunnah Rasulullah.

Allah taala berfirman:

“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan maka balaslah dengan yang lebih baik atau balaslah dengan yang serupa, sesungguhnya Allah perhitung segala sesuatu” (An nisaa:86)

Maksudnya kalau kawan kita cakap assalamualaikum…maka kita replylah waalaikumussalam warahmatullah. Paling paling pun yang sepadan dengannya. Ada pahemm? Paham cikgu.

Masjid WP

Kepada siapa kita bagi salam?

Nabi ada bersabda

Daripada Abdullah bin Umar meriwayatkan ada seorang bertanya kepada nabi SAW “Amalan Islam macam mana yang terbaik?”

Nabi balas, “Engkau beri makan dan engkau ucap salam kepada orang yang sudah mahupun belum engkau kenal” Bukhari dan Muslim.

Part ni kita tahu tapi malangnya kita tak berapa nak tahu amal sangat. Beri salam bukan pada yang kita kenal sahaja malahan yang kita tak kenal sekali pun kita tunduk hormat dan dengan kasihnya kita bagi salam. Seperti mana yang dah di terang sebelum ini. Amalan beri salam adalah amalan penduduk syurga. Maka kita yang perasan ahli syurga ni rajin-rajinlah praktis sekarang. Tak adalah kekok mana bila sampai ke syurga nanti nak beri salam. Eh.

Bersambung…. Yang penting apa adik-adiiik? Amal. Bagusss. J

Wednesday, February 9, 2011

Pesanan penaja kejap..heh

Assalamualaikum

Aksi terakhir buat saffee Sali untuk pasukan Malaysia sebelum berlepas ke indon memang tak dapat di biarkan begitu saje (kene tengok lah maknenye..kui2).

Ultras Malaya memang tetap meriah!

Full time score kita 2 mereka (Hong Kong) o. Wohoo In general our team played well and at times we played brilliantly. I was surprised by how calm and composed we were yesternight. This only shows how we have matured and experienced at the international level.

To safee all the best and make our country proud. Playing abroad will never be easy for him as he will leave his family here in Malaysia and also he was the one who broke 250,000 hearts when we proudly won AFF Suzuki cup beating indon. But that’s what he expects and he is ready to face it. Tabik spring aku kat die. He2


Don't worry he'll be bach with more brutality. yeahh!

The only let down that night was not many supporters turned up. Aku rasa faktor utama dia tindakan bijak FAM buat perlawanan kat tempat yang payah orang nak datang (Shah Alam). Bijaaak bijak. heh

Tuesday, February 8, 2011

Apa hak kamu ke atas aku?

Assalamualaikum

Apakah hak seorang muslim ke atas kita? Asasnya inilah yang the least kita perlu buat untuk tunaikan hak kawan kita atau pun yang tak kita kenal.

Untuk itu baginda nabi kita S.A.W telah beri kita guideline:

Daripada Abu Hurairah disebutkan bahawa Nabi SAW bersabda,

“Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam; jika engkau berjumpa dengannya ucapkanlah salam; jika ia mengundangmu, penuhilah; jika ia meminta nasihat kepadamu, berilah nasihat; jika ia bersin dan mengucapkan hamdalah, doakanlah agar Allah curahkan rahmat kepadanyaa (yarhamkumullah); jika ia jatuh sakit, ziarahilah ia; dan jika ia meninggal, iringlah jenazahnya” HR Muslim

Berkenaan salam. Salam merupakan tanda penghormatan Allah kepada Rasulnya dan juga sesama ahli syurga. Inilah ucapan yang di redhai Allah untuk digunakan oleh kita para hambanya.

“Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin) pada hari mereka menemuiNya adalah salam” al ahzab:44

Menara Masjid WP

Salam di sini merujuk kepada Assalamualaikum. Dr Aidh Al Qarni mengatakan tidak ada salam lain yang boleh menggantikan salam penghormatan islam yang di redhai Allah melainkan salam ini. Be it selamat pagi, selamat petang, haihai baibai, mahupun salam 1 Malaysia sekalipun. Apa-apa yang diucapkan selain daripada salam ini maka tidak diridhai Allah dan tidak mendapat ganjaran disisi Nya. Ini lah salam yang syar’i dan sesuai dengan sunnah rasulullah.

Nota insaf:

Adab-adab salam dan seterusnya insyaAllah aku akan jelaskan nanti. Untuk sharing semata-mata apa yang aku bace dalam buku ni Pesona Cinta karangan Dr Aidh Al Qarni. Sebagai tanda keinsafan dah pun aku tukar Salam dengan Assalamualaikum kat intro entry ni. J yang penting amal.

Sunday, February 6, 2011

Langkah pertama!

Salam...

Seingat aku ini kata-kata beliau tak lama dulu bila ditanya bila mau kawen?

"Tok se (xmo) kawen!"

Hantaran pertunangan

View lain

Erk. Tup tap dah bertunang dah pun beliau. Alhamdulillah syukur semua berjalan lancar tadi di Kuala Selangor.

Ehh nak follow skali lah tu? he2

Congrats bro Rasis & Fatin
Kisah tunang:

1. Rasa agak janggal bila dapat tahu (baru tadi) she's actually my jr by 3 batches when at SMKA K Sel. erkkk
Apa-apa pun semoga sampai ke jinjang pelamin. insyaAllah
2. Entering last sprint for my pro exam... 1..2..kayuh!

Wednesday, February 2, 2011

The most surprising birthday gift ever? :)

Salam..

What I was about to deliver was going to be unexpected and a surprise to a person. What I recieved was beyond my expectations and funnily I was the 1 who got surprised. Life is soooo unpredictable. he2

We plan. Allah taala also plans. And Allah taala is the best planner. Therefore only in Allah we shall put our trust and our hope no matter how big or how small it is.

Penat stay up layan man u v aston villa ye. he2

Mayum/mayumi yang cool tapi humble. erk.

Nota tahun baru cina:

Mayumi maintain dengan kadar kecoolan yang melampau. tido tak melayan dunia. muke selenge abis. he2

Sunday, January 30, 2011

Dua Puluh Lima

Salam

Dah 25 tahun aku ni. But as what my lecturer said “still no grow”. Hah2.

Kepada aku,

Jadilah hamba Nya yang taat sentiasa,

Jadilah umat yang risau sentiasa,

Jadilah anak yang berbakti sentiasa,

Jadilah sahabat yang menasihati sentiasa,

Jadilah suami yang memahami sentiasa,

Jadilah bapa yang menyayangi sentiasa.


Hepii

Yam and Hana (tengs for the cup cakes and makan2)

Am not a fanatic.. only a proud supporter of my hometown. he2

Last skali maintain lah kenakalan anda….eh

P/S:

There is a surprising u-wouldn't-believe-it thing i want to tell you. x sabar nak bagitau! Tapi sebab tertentu kene tangguh dulu. nanti ye.

1 week to breath?

Salam

Just finished my 2nd last posting. Now am having a week break before facing 1 very last hurdle, medical posting. So 1 week break is not that long. This period of time usually people return to hometown jumpa mak ayah, cium tangan mereka and proceed with their own plan if they have any.

Me? I just want to hibernate myself here at my hostel. Juniors are going to have their exam this week. So think I want to annoy them a bit kacau diorang study or stay with them diam-diam tgk diorang study with the hope that their focus and determination would infect me as well.

Here goes something…

Wednesday, January 19, 2011

Cinta yang membutuhkan cinta

Salam

Anak merupakan anugerah tuhan, penyejuk mata, penawar duka, penyebab untuk pulang awal dari kerja, penenang fikiran yang serabut. Tak nafikan semua mak ayah dambakan anak yang masa depannya cerah. Nakkan kejayaan. UPSR, PMR, SPM cemerlang masuk U kemudian akhirnya dapat kerja dan kalu tak mewah dan kaya pun mampu ada rumah dan kereta sendiri. Ada yang bangga habis riuh ayam sekampung anak dapat buat medik. Hidung kembang semacam anak jadi engineer, lawyer dan sebagainya.

Bila diorang mati masuk kubur apa yang dibanggakan selama ini tak ada lain hanya tinggal abu. Tak ada nilai. tak ada manfaat, sia-sia, yillek. Tak dapat ubah pun kehidupan akhirat mereka kepada yang lebih baik. Nak bangga dengan siapa? Malaikat? Jadi apa yang sebenarnya diorang dambakan jauh di lubuk hati?

Nabi kita kata (lebih kurang mafhum):

Apabila mati seorang anak Adam, tinggallah segalanya melainkan 3 perkara:

1. Sedekah jariah

2. Ilmu yang bermanfaat

3. Doa anak yang soleh

Jadi bila kita kahwin esok hari..persiapkanlah dalam diri kita untuk lahirkan zuriat yang mana sekiranya kita dah tak bernafas kat dunia ni, duk sorang-sorang dalam kubur…doa mereka lah yang menemani dan mengindahkan kehidupan kita kelak.

Nota untuk diri:

Setiap masa setia menanti. Tak ada jemu tak ada bosan. Semakin hari semakin dekat. Itulah kematian

Monday, January 17, 2011

Sleep paralysis

Have you ever experienced an event where when you are about to fall asleep then suddenly you feel like you are in a state between conscious and unconscious (semi conscious? hypnogogia in medical term actually) and at the same time you feel like paralysed (couldn’t able to move)?

Well it is called sleep paralysis. I managed to find this out by..err net of course website kegemaran selamanya Wikipedia. He2. Panjang lebar explaination dengan teori-teori dan hypotesis yang memeningkan kepala. Perkara sebegini memang di akui oleh kebanyakan budaya dengan macam-macam juga nama dan terma. What interests me is there is also our term included in Wikipedia – ‘ditindih’. He2. Macam secara tak sengaja terbangga kejap. Adeh. Konklusinya tidak ada konklusi. All are theories and hypothesis without concrete evidence.

When you are used to it it's not that scary anymore - you'll get damn frustrated when it happens

Apa- apa pun jika benda ni berlaku secara kadang-kadang boleh maaf lagi. Tapi kalau dah 2 3 kali berlaku dalam 1 malam memang memigrainekan. Auws

Make sure anda beradab ketika tidur. ..hee

Saturday, January 8, 2011

Twenty Eleven

Serba salah...serba tak kena...serba tak serbi dan serabut. That summed up what is going on in my cerebral cortex right now...and it's still early in the 2011! May Allah ease me and anyone related to me.

To yam (my older sis) happy birthday! May Allah shower his blessings to her and her family until forever. Boleh nampak kerisauan yam masa mula-mula nak ajar Khadeeja tido. Dah terbiase oncall dah baby tu ikut ibu dia juga oncall mase meringkuk dalam uterus dulu. Jadi nak kene ajar balik tido. humm aneh. After several weeks of hardships and vigourous training she manages to sleep soundly now. Sekarang tido memang dah tak hengat dunia! hah2.

I can see how the coming of a new being in a family brings cheer and joy to all. Mami hepi sambil berselawat tidurkan Khadeeja, Papa pun yang tak nampak tapi very eager and excited to hold the baby whenever hearing her voice, Ahmad Rasis (my older bro) suke-suke rakam video dengan Sony HD videocam beliau, Kak Nini rasa teruja macam nak dapat baby baru kepunyaan beliau sendiri, Kak Nunu dengan terlebih caring gadoh-gadoh dengan Yam how she should take care of the baby her own version hehe, Eida emm she's in Sabah rite now (he2) and me yang masih terkial-kial macam mana nak buat Khadeeja senyum.

Senyum khadeeja...senyumlaaa..alaa.


My specialty - I can read upside down


Sleeping is now my favourite past time activity. krohhh


Taken from Raya lepas - see them smiling until the earlobes?...err nope -.-"

This is her blog anyway. Loads of useful infos bout parenting (as she just had a baby - she doesn't know how to stop searching bout parenting and nursing) and also not that useful of her mumblings. hah2

www.wickedlypeachy.blogspot.com